CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 672|Reply: 0

Scudetto sah milik Inter Milan

[Copy link]
Post time 23-4-2024 11:05 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Inter Milan meraikan kejayaan mereka menjuarai Serie A kali ke-20 selepas aksi menentang AC Milan di San Siro, Milan awal pagi tadi. – Foto REUTERS

MILAN: Inter Milan mengesahkan kejuaraan Serie A awal pagi tadi selepas menundukkan AC Milan 2-1 dan mendahului selesa di puncak liga dengan kemenangan keenam berturut-turut pada aksi seteru tetangga.

Gol menerusi Francesco Acerbi dan Marcus Thuram memberikan Inter kelebihan 17 mata ke atas pencabar terdekat mereka Milan sekali gus memastikan kejuaraan ke-20 mereka dengan berbaki lima perlawanan musim ini.

Kali terakhir Inter memenangi Serie A adalah pada 2021, diikuti AC Milan pada 2022 dan Napoli tahun lalu.

Bagi Simone Inzaghi ia kejuaraan sulungnya sebagai pengurus dan pada malam yang hujan dan sejuk di San Siro beliau berbangga di depan penyokong Inter dalam kalangan 75,000 penonton ketika kejayaan mereka disambut dengan bunga api dari bangku penonton selepas wisel penamat.


Milan cuba bangkit pada lewat permainan selepas Fikayo Tomori membalas satu gol dengan berbaki 10 minit tetapi Inter berjaya bertahan untuk memulakan parti kejuaraan ketika penghujung perlawanan itu dicemari dengan tiga kad merah.



Pertahanan Inter Milan, Francesco Acerbi (dua dari kiri) menanduk masuk gol pertama pasukannya ketika menentang AC Milan pada aksi Serie A Itali di San Siro, Milan awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Saya seperti mahu menangis kerana kami bekerja keras, kami berhak untuk meraikan kejayaan ini," kata kapten Inter, Lautaro Martinez.

"Ia sesuatu yang menggembirakan tetapi kami perlu meneruskannya kerana kami sudah menang banyak trofi dan mahu menambah banyak lagi."

Inter muncul pasukan kedua memenangi kejuaraan liga Itali 20 kali dan akan mempunyai dua bintang di jersi mereka, selepas Juventus yang jauh mendahului dengan 36 mahkota kejuaraan.

Pasukan Inzaghi melakukannya dengan bergaya, muncul pasukan pertama meraih kejuaraan dengan memenangi pertembungan seteru tetangga Milan dan menyebabkan rakan sejawatnya Pioli berada di ambang pemecatan.

"Beliau bergelut 14 bulan lalu menurut media dan lihat apa yang dicapainya sejak itu. Saya gembira di sini, saya bekerja dengan baik dan saya fikir pasukan masih boleh meningkat," tegas pemenang Scudetto 2022, Pioli. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... h-milik-inter-milan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:56 AM GMT+8 , Processed in 0.406194 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list