CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 736|Reply: 0

[Terengganu] Penghantar barang maut terjatuh tali air

[Copy link]
Post time 23-4-2024 11:17 AM | Show all posts |Read mode

- Foto hiasan

Jertih: Seorang penghantar barang maut selepas terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus dalam kejadian di Kampung Gerai di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, kemalangan kira-kira 8 malam itu dipercayai berlaku apabila Wan Muhammad Khuzaimie Abu Sepian, 24, hilang kawalan ke atas motosikal yang ditunggangnya iaitu Yamaha Ego LC.

Beliau berkata, ketika kejadian, Wan Muhammad Khuzaimie menghala ke Kampung Gerai Tua untuk pulang ke rumah keluarganya dari Kampung Layout Gerai.

"Apabila tiba di tempat kejadian, dia hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kanan bahu jalan lalu terjatuh ke dalam tali air.


"Mangsa kemudiannya dihanyutkan arus sejauh satu kilometer dan akibat kemalangan, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... t-terjatuh-tali-air

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 09:49 AM GMT+8 , Processed in 0.060720 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list