CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4575|Reply: 1

[Wilayah Persekutuan] 'Lambaian terakhir buat pesawat HOM-AW139'

[Copy link]
Post time 23-4-2024 01:38 PM | Show all posts |Read mode

Lima kru Udara Skuadron 503 melambai tangan kepada rakan setugas yang menaiki dua helikopter pasukan itu ketika berlepas dari Kota Kinabalu ke Pangkalan TLDM Lumut pada 19 April lalu.

Kuala Lumpur: Lambaian lima Kru Udara Skuadron 503 kepada rakan setugas mereka yang menaiki dua Helikopter Operasi Maritim (HOM) AW139 ketika berlepas dari pangkalan di Kota Kinabalu ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TLDM) Lumut Perak pada 19 April lalu, menjadi kenangan terakhir apabila sebuah daripada pesawat itu terhempas hari ini.

Berdasarkan perkongsian Facebook 503 Squadron pada 19 April lalu, pasukan itu menghantar dua pesawat HOM-AW139 membabitkan sembilan kru udara dan 11 juruteknik ke Lumut, Perak untuk menyertai latihan dan raptai sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 yang dijadualkan awal bulan depan.

Pasukan itu diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang turut bertindak sebagai juruterbang sebuah daripada helikopter pasukan itu.

Paling menyedihkan apabila satu gambar memaparkan lambaian lima sahabat mereka dengan kapsyen 'Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min (admin) masih mampu bersangka baik' seakan-akan menggambarkan kejadian itu.


Dalam nahas pagi ini, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.

Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.

Pesawat HOM dinaiki tujuh kru, manakala tiga lagi berada dalam Fennec.

Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.

Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas.

Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.

Tiada yang terselamat dalam nahas itu, namun setakat ini TLDM belum mengeluarkan senarai nama mangsa yang terkorban secara rasmi.
https://www.bharian.com.my/berit ... t-pesawat-hom-aw139
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2024 02:18 PM | Show all posts
salam takziah kepada keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.049241 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list