CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4954|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Pengusaha stesen minyak diugut sindiket penyeludupan diesel – Armizan

[Copy link]
Post time 23-4-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode

Armizan pada sidang akhbar pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendedahkan bahawa terdapat pengusaha stesen minyak yang menerima ugutan daripada sindiket penyeludupan supaya terus menjual diesel bersubsidi kepada mereka.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, selain menerima ugutan, ada dalam kalangan pengusaha stesen minyak terbabit turut didatangi kumpulan samseng.

Jelas beliau, pihaknya juga menerima pelbagai laporan berhubung perkara itu termasuk yang diadukan terus kepadanya dan diterima daripada syarikat pembekal minyak.

“Ada pengusaha stesen minyak sampai ke tahap mereka diugut sindiket tertentu. Modus operandi mereka amat kemas, difahamkan ada yang datang bersama gangster, samseng dan sebagainya.

“Jadi kita tengah kumpul maklumat, termasuk bekerjasama dengan polis dan syarikat pembekal minyak. Kita mahu menghalang perkara ini daripada terus menjadi sistemik,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi sidang akhbar selepas sesi libat urus bersama pemain industri pengangkutan kenderaan darat barangan bagi persediaan pelaksanaan penggunaan ‘fleet card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) 2.0 di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... pan-diesel-armizan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.118038 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list