CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 724|Reply: 0

[Sabah] Pesalah harus dikenakan denda tinggi atau penjara, jika didapati merosakkan terumbu karang

[Copy link]
Post time 23-4-2024 10:07 PM | Show all posts |Read mode


AMISAH

# Sebagai usaha membendung aktiviti haram dan tidak bertanggungjawab sehingga memusnahkan ekosistem marin semula jadi

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri perlu mempertimbangkan untuk menaikkan denda atau penjara bagi mereka yang didapati bersalah merosakkan terumbu karang, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin.


Mengulas lanjut, Amisah berkata salah satu tarikan pelancongan Sabah adalah keindahan marin semula jadi yang menakjubkan, yang merupakan antara khazanah semula jadi terbaik dunia.


“Namun, khazanah ini semakin terancam dengan aktiviti haram dan tidak bertanggungjawab, seperti pengeboman ikan, kehadiran kapal, dan pembangunan tidak terkawal.


"Sekiranya tiada usaha dilakukan untuk membendung perkara ini, saya khuatir satu hari nanti kita tidak akan memiliki harta ini lagi," katanya pada sesi perbahasan pada persidangan DUN.


Tambah Amisah pemusnahan terumbu karang, yang bertindak sebagai penampan terhadap bahaya semula jadi seperti ombak dan arus deras, akan mengakibatkan kawasan pantai terdedah kepada hakisan.


Katanya lagi, langkah-langkah pemulihan mesti dilaksanakan di kawasan terumbu karang yang terjejas, kerana ia mengambil masa bertahun-tahun atau beberapa dekad untuk diperbaiki.


Amisah berkata, kemusnahan terumbu karang boleh menjejaskan perkhidmatan ekosistem yang disediakan oleh mereka.


“Satu protokol perlu diwujudkan bagi memastikan ekosistem marin Sabah terpelihara.


“Undang-undang lapuk, terhad dan lemah harus menjalani semakan, termasuk meningkatkan denda atau penjara bagi mereka yang didapati bersalah merosakkan terumbu karang di perairannya.


"Kerajaan negeri, melalui pihak berkuasa, perlu melaksanakan pendekatan baharu dan lebih berkesan untuk menjaga dan menangani kemusnahan terumbu karang di perairan Sabah, " katanya.


Dalam pada itu, Amisah berkata kerajaan negeri dan kementerian berkaitan perlu menangani kekurangan bidang kuasa, peraturan dan penguatkuasaan bagi memastikan Sabah mempunyai peruntukan undang-undang yang lebih ketat untuk perlindungan alam sekitar.


“Khazanah alam yang tidak ternilai ini tidak boleh dipelihara dengan undang-undang yang lapuk, terutama apabila aktiviti perkapalan, pelancongan dan lain-lain terus berkembang pesat.


"Pelancong dan ejen pelancongan mesti berpandukan etika, peraturan dan undang-undang apabila memasuki kawasan sensitif bagi memastikan semua khazanah marin Sabah terus dipelihara untuk generasi akan datang," katanya.



https://www.utusanborneo.com.my/2024/04/23/pesalah-harus-dikenakan-denda-tinggi-atau-penjara-jika-didapati-merosakkan-terumbu-karang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:59 AM GMT+8 , Processed in 0.285582 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list