CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 710|Reply: 0

[Sabah] Tangani masalah penderaan kanak-kanak, gubal langkah sewajarnya

[Copy link]
Post time 23-4-2024 10:08 PM | Show all posts |Read mode


AMISAH

KOTA KINABALU: Masalah penderaan yang berlarutan dan dikatakan menjadi kanser atau barah dalam komuniti, dan sehingga kini belum ada penyelesaian tuntas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Datuk Amisah Yassin berkata, penderaan dan kezaliman terhadap kanak-kanak adalah satu tindakan yang tidak boleh diterima dan dipandang remeh oleh komuniti serta penggubalan akta, undang-undang, bahkan langkah segera perlu diambil bagi menghentikan perbuatan itu.

"Baru-baru ini kita sangat terkejut apabila terdapat satu laporan mengenai kes dera membabitkan kanak-kanak berusia lima dan 13 tahun, yang ditekap dengan seterika, disiram dengan air panas dan dipukul dengan batang besi.

"Kita tidak faham mengapa masih ada individu yang bergelar manusia sanggup memperlakukan kanak-kanak, golongan lemah yang sepatutnya dilindungi, dijaga, diberikan pendidikan dan dicurahkan kasih sayang tetapi dijadikan mangsa kekejaman ibu bapa dan penjaga.

"Sampai bila kita harus menatap berita-berita yang menyayat hati seperti ini, sedangkan haiwan tidak memperlakukan anak mereka dengan kejam, bagaimana kita ini yang bergelar manusia tetapi langsung tidak mempunyai sifat simpati dan belas ihsan," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan perbahasan beliau sewaktu Mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Isnin.

Justeru, Amisah menggesa pihak berwajib untuk meneliti dan mengkaji tentang masalah penderaan dan mencari penyelesaian tuntas dengan kadar lebih segera.

"Saya memohon di Dewan Yang Mulia ini agar agensi dan kementerian yang berkaitan segera mengambil langkah-langkah lebih serius dan drastik agar kes-kes penderaan seperti ini tidak lagi berulang.

"Kempen-kempen mengenai cara mengawal emosi, dan kemarahan mesti diterap kepada masyarakat khususnya mereka yang mahu mendirikan rumah tangga.

"Jiran-jiran dan orang awam yang melaporkan kes dera wajar diberikan ganjaran dan insentif supaya ada sifat berlumba-lumba untuk mengambil cakna dengan masalah sosial di tempat mereka," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.069365 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list