CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 558|Reply: 0

[Sabah] Pesta Kaamatan HKN 2024 bermula pada 25 April

[Copy link]
Post time 23-4-2024 10:23 PM | Show all posts |Read mode


ALBUM: Rolis (duduk, lima kiri) bersama jawatankuasa HKN merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Persatuan Penyanyi Kadazan Asli Sabah (HKN) akan mengadakan Pesta Kaamatan kali ke-2 pada tahun ini.

Pengerusinya, Rolis Mitol berkata, pihaknya akan menggunakan tema 'Pisompuuvan Maza' Do Hozou' yang selari dan disokong dengan tema Kaamatan peringkat Negeri iaitu 'Kaamatan Melangkaui Keterjaminan Makanan'.

"Pelbagai program pengisian diadakan sepanjang empat hari pesta diadakan, antaranya pertandingan Sugandoi, Unduk Ngadau, cabutan tiket bertuah dan mewujudkan gerai-gerai jualan.

"Pesta Kaamatan HKN turut mendapat kerjasama daripada KK Davin Bosong dan JPKK Hendry Aladin serta seluruh warga Kampung Mook, Kinarut," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, Pesta Kaamatan HKN 2024 itu akan diadakan di Dewan Raya Tandugal, Kg Mook Kinarut pada 25 April, dengan pengisian saringan pertandingan Sugandoi bermula jam 7 malam sehingga 9 malam.

Katanya, pada 26 dan 27 April adalah masing-masing pertandingan Sugandoi pada peringkat separuh akhir dan akhir yang diadakan pada 7 malam sehingga 10 malam.

"Pada 28 April pula, Pertandingan Unduk Ngadau diadakan bermula 10pagi sehingg 5 petang," katanya.

Menurutnya, semua pertandingan dan jualan adalah terbuka kepada para warga Sabah kerana persatuan berdaftar dengan skop seluruh negeri.

Katanya, penyertaan Unduk Ngadau juga mendapat sambutan daripada beberapa daerah di negeri ini.

"Objektif penganjuran adalah untuk permuafakatan melalui lagu, mengeratkan hubungan dan perpaduan tanpa mengira peringkat umur, kaum, bangsa dan agama.

"Kita mahu meneruskan dan mengekalkan adat budaya turun menurun kita di Sabah," katanya.

Katanya, dengan adanya penganjuran seumpamanya, pihaknya berharap ia mampu memberikan impak positif kepada masyarakat setempat agar budaya amalan itu dapat terus dipelihara dalam zaman kemajuan teknologi serta pembangunan.

Beliau juga berterima kasih kepada para penaja khususnya Nestle, lori Nescafe, Maggi Mi Goreng yang menaja sepanjang program diadakan termasuk finalis Sugandoi dan Unduk Ngadau.


TERIMA KASIH: Pihak penganjur merakamkan gambar kenangan bersama para penaja.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Kedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbaloi’ – Pekerja Belia.Anda nak pindah Kedah?
YgBenarKedah Ada Work-Life Balance, Gaji Berbal
Views : 10862 Replies : 2
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 23636 Replies : 146
Wanita Asing Puji Malaysia Negara Selamat, Tak Takut Jalan Sendirian Jam 5 Pagi di jalan lengang berhampiran pasar Pudu.Netizen berbelah bagi
YgBenarWanita Asing Puji Malaysia Negara Selama
Views : 9256 Replies : 43
[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO SECRET ~ Go Kyoung Pyo, Kang Han Na, Joo Jong Hyuk  ~ Release Date 1 May
Rahah[JTBC/Netflix 2024] FRANKLY SPEAKING/NO
Views : 7436 Replies : 14
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 16425 Replies : 102
[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECIES - Ju Ji Hoon, Han Hyo Joo, Lee Hee Joon, Lee Mu Saeng
Rahah[Disney+ 2024] BLOOD FREE/DOMINANT SPECI
Views : 5430 Replies : 65
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 105370 Replies : 1544
NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
malaysiaku123NAZIR RAZAK KAWEN BARU UOLS..
Views : 69249 Replies : 388
[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon
Rahah[tvN/Netflix 2024] QUEEN OF TEARS - Kim
Views : 21348 Replies : 425

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 06:16 AM GMT+8 , Processed in 0.205479 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list