View: 4548|Reply: 0
|
[Perak]
Biadap kau Saifuddin!
[Copy link]
|
|
Laporan polis yang dibuat pengamal media terhadap paparan jelik yang menghina mangsa kemalangan helikopter. FOTO SHAIFUL SHAHRIN AHMAD PAUZI
Bagan Serai: Laporan polis dibuat susulan paparan jelek dan biadap menghina anggota tentera yang terkorban dalam insiden nahas dua helikopter ketika menjalani latihan raptai di ruang udara Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, Perak semalam.
Pengamal Media, Kamal Abas, 51, membuat laporan polis itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian semalam, terhadap pemilik akaun twitter menggunakan nama Saifuddin Shafik.
"Dia (Saifuddin Shafik) memberi komen menggunakan perkataan biadap dan jelik.
" Perkataan biadap itu sepatutnya tidak dikeluarkan ketika ramai rakyat khususnya kaum keluarga mangsa sedang dalam kesedihan susulan kehilangan ahli keluarga," katanya semalam.
Menurutnya lagi perbuatan seperti itu adalah melampaui batas norma tatasusila sebagaimana tercatat dalam rukun negara yang kelima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
Tambahnya, dia amat berharap pihak berkuasa dan bahagian perundangan mengenakan hukuman maksimum terhadap pelaku sebagai satu pengajaran.
Menurut Kamal lagi, dia turut menyeru pengguna media sosial yang melihat mana-mana komentar yang menghina mangsa nahas turut mengambil tindakan sama membuat laporan polis.
"Trend perbuatan seperti itu perlu dicegah daripada berleluasa," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iadap-kau-saifuddin |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|