CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3127|Reply: 0

[Perak] 'Anak pertama kami dan yang pertama tinggalkan kami' - ibu Mohd Shahrizan

[Copy link]
Post time 24-4-2024 05:46 PM | Show all posts |Read mode

HASNAH Yasim bersama suami, Mohd Termizi Abdul Ghani melihat gambar kenangan anak sulung, Mohd Shahrizan. FOTO Noor Hidayah Tanzizi.

Sitiawan: "Along penghuni pertama rahim saya, anak pertama kami dan daripada dia juga saya belajar menjadi ibu, namun sudah takdir along juga menjadi yang pertama meninggalkan kami," kata Hasnah Yasim.

Hasnah, 67, ibu kepada anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Pegawai Waran II Mohd Shahrizan Mohd Termizi, 41, yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, di sini, semalam.

Pesara kerajaan itu berkata, dia masih bersedih dengan berita mengejutkan itu dan mengakui menggigil saat diminta membuat pengecaman anak yang mesra disapa along di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Lumut, semalam.

"Suami masuk dahulu untuk membuat pengecaman sebelum saya ikut bersama dengan dipimpin kakitangan hospital. Saya paksa kaki melangkah walaupun berat, saya hanya mahu tengok anak walau apa saja keadaannya.


"Alhamdulillah wajah along sempurna. Anak saya seperti tidur dan saya reda dengan pemergiannya," katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Bunga Tanjong, di sini, hari ini.

Katanya, Mohd Shahrizan akan selalu dikenang sebagai anak yang mengambil berat mengenai keluarga, suka berkongsi kegembiraan dan menyenangkan mereka.

"Along suka tanya mengenai kesihatan saya walaupun anak selalu singgah ke rumah terutama ketika pulang dari tempat kerjanya (Pangkalan TLDM) dengan masih pakaian seragam.

"Kalau datang ke rumah selalu bawa buah tangan untuk kami terutama makanan...kalau datang pagi arwah bawa sarapan, kalau petang anak bawa kuih-muih," katanya.

Sementara itu, bapa Mohd Shahrizan, Mohd Termizi, 68, berkata, anak sulung daripada tujuh beradik itu selalu teruja berkongsi cerita mengenai kerjaya dan pasukannya.

Menurutnya, selain Mohd Shahrizan, dua lagi anak lelakinya yang ketiga dan keenam juga bertugas sebagai Tentera Darat Malaysia (TDM).

"Saya suka bertanya kepada anak dan arwah cakap dia sangat gembira dengan pasukannya yang disifatkan terbaik dan tidak mempunyai kurang antara pegawai dan anggota bawahan. Along cerita mereka mempunyai (semangat) kerja berpasukan dan melihat dia seronok bercerita saya juga gembira,"katanya

Menurutnya, dia difahamkan selepas semua urusan selesai di Ipoh, jenazah anak akan dibawa pulang ke Batu 10 Lekir dan akan dibawa ke rumah sebelum ke Masjid Al-Khairiah Batu 10 Lekir untuk solat jenazah seterusnya dikebumikan.

"Alhamdulillah urusan (bedah siasat) sudah selesai dijalankan dan sekarang kami hanya menunggu along 'balik' saja," katanya.

Mohd Shahrizan adalah antara tiga kru pesawat Fennec yang terbabit nahas dengan sebuah lagi aset TLDM iaitu HOM-AW139 yang dinaiki tujuh anggota.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ibu-mohd-shahrizan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.277249 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list