CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3047|Reply: 19

Bakal pengantin sedih ‘bestie’ tak layan dalam grup WhatsApp, abaikan cerita nak kahwin... Angan-angan pasang ‘bridesmaid’ berkubur

[Copy link]
Post time 27-4-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode
KEBANYAKAN golongan wanita pasti mempunyai lingkungan sahabat baik yang menjadi tempat untuk berkongsi berita gembira, rahsia, mencurahkan perasaan dan sebagainya.

Apabila melibatkan hari bahagia pula, sahabat baik adalah insan yang akan dimaklumkan lebih awal selain daripada keluarga, kerana mahu berkongsi kegembiraan bersama-sama.

Namun berbeza pula dengan kisah seorang wanita yang meluahkan rasa sedih bercampur kecewa dengan sikap yang ditunjukkan rakan-rakan rapatnya.

Mana tidaknya, keterujaan wanita itu berkongsi tarikh majlis perkahwinannya bagaimanapun tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan.

"Nak minta pendapat, pencerahan. Beberapa minggu lalu, saya ada beritahu ahli grup yang saya rasa rapat sangat pasal tarikh hari bahagia saya.

"Tapi hanya dua daripada mereka yang beri respons. Selebihnya hingga hari ini tiada respons daripada mereka.

"Actually beritahu awal sebab nak diorang jadi bridesmaid. Zaman belajar selalu berangan dengan diorang macam tu. Sebab itu excited beritahu, end up kecewa," kongsinya.

Tambah wanita yang tidak mendedahkan identiti dirinya itu, apa yang berlaku benar-benar membuatkan hatinya terluka mengenangkan hubungannya dengan rakan-rakan tersebut begitu akrab.

"Patutkah saya berasa sedih? Over sangat ke kalau saya terasa? Sedih sebab rapat. Sepatutnya depa (mereka) pun excited kan?

"Atau pun mungkin saya saja yang over react? Saya yang cepat touching? Sedih korang, kita cepat touching kalau kita dah anggap rapat," kongsinya lagi.

Perkongsian yang dibuat di laman TikTok sehingga kini meraih lebih 21,000 jumlah tontonan.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa simpati seolah-olah dapat menyelami perasaannya.

Tidak sekadar menghujani wanita berkenaan dengan kata-kata semangat, ada juga di antara mereka yang berkongsi pengalaman masing-masing yang hampir serupa.

"Perasaan sebegitu tak salah. Kalau close circle yang buat macam tu, saya rasa sudah masanya untuk kita tinggalkan mereka.

"Baru nampak 'belang' sebenar mereka... siapa yang betul-betul nak awak bahagia dan yang berpura-pura. Memang sakit rasanya. Stay strong.

"Saya kena juga. Time mereka, saya siap datang naik flight dan tempah hotel. Bukan nak ungkit... saya kahwin lambat, saya harap sebagai 'balasan 'at least mereja datang tak kisah side lelaki atau perempuan.

"Saya pernah WhatsApp lebih daripada 20 orang kawan jemput datang kenduri. Tapi yang respons seorang je," demikian antara komen netizen.

                                                                                Ramai menjadikan rakan baik mereka sebagai 'bridesmaids' ketika hari bahagia. -Gambar hiasan Freepik (kanan).        
            


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2024 09:55 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tuw,

aiols tak ghamai kawan dan tak kumpul kawan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Whatsapp status aku pun 13 orang ja boleh tengok. FB lagik la sunyi sepi. Sini ja aku aktif bersosial. Aku bukan jenis add suma keligs di FB. Sebab deols acik bawang. Har har.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Anggap la MCM angin lalu...
Haha
Nak pengapit banyak2 buat apa..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 10:22 PM From the mobile phone | Show all posts


Aku dulu kawen pakai bridesmaid acik2 forem.. maybe around 6 out of 12 bridesmaid adalah acik forem, lain2 tu my childhood friends, gym friends..

Tp setelah berentam dgn scammer noraidil tu.. semua kawan acik forem aku putuskan hubungan.. sbb takut ada feeder info to the scammer....


Tp aku tak nyesal kawan or kenal dgn diorang... at least aku dapat pakai diorang as my props bridesmaid...

Acah2 meriahhh gitttewwww majelis kawen selama 4 jam tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2024 10:26 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-4-2024 09:56 PM
Sebab tuw,

aiols tak ghamai kawan dan tak kumpul kawan.

Agree.. kawan biar seribu tp takyah duk rapat sangat


Bukan semua ikhlas nak berkawan.. kadang dengki, kadang nak manipulate, kadang nak amek kesempatan je
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2024 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Depa pun ada life masing2
Tak semua ada masa ada duit nak commit benda gini
Cari jelah geng lain
Setakat jadi dulang girls tu mintaklah tolong anak2 buah ke
I pun dulu mintak budak2 rumah sewa pegang dulang time sampai masjid tu je pun
Entah camana nasib baik ada anak2 buah sepupu jiran bagai so sesiapa jelah kasi jalan terus
Takde Nak harap sedondon bergambor posing2 semua tu yg penting settle nikah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sempena nk genap setahun iols kawin, i bersyukur bff smpai syurga iols 12 org yg dr skolah, matrik, U ada msa iols kawin. Iols nk set date kawin dlu pn tnya 12 org ni bila korg boleh ada n block date siap2 6 bln sblum..

Dorg lg penting dr laki iols msa tu
Dh kawin lmbat xda lh gedik nk bridesmaid bagai tp dorg bykkkkkk berjasa n supportive. Semoga kekal sahabat till jannah gtu
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 12:00 AM | Show all posts
Topik apa ni setan???
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Selepas bekerja semua rakan belajar pergi haluan masing2 lah, mereka bekerja berkawen dunia baru dah xde masa utk korang, korang bina kawan baru di tempat kerja jiran org terdekat jah
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2024 05:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Brapa byk tered confession laaaa..
Ni bukan CI
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2024 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 27-4-2024 09:57 PM
Whatsapp status aku pun 13 orang ja boleh tengok. FB lagik la sunyi sepi. Sini ja aku aktif bersosia ...

Lebih kurang sama mcm saya juga, 9 org ja boleh tgk, FB pun tak ramai friends terutama dikalangan officemate..yg jns membawang aman2 ja saya unfriend..baru aman hidup
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2024 09:11 PM | Show all posts
I dulu dari majlis nikah and reception, takde libatkan mana2 kawan pun. I nak dorang dtg kenduri tu as guests, bukan nak mengkulikan dorang. Ada la jugak kawan2 i punya majlis, suruh kitorang jadi bridemaids bagai ni. Kalau bagi kain, ok la jugak. Ini yg main arah je suruh beli material begini2, jahit mcmtu, etc. Ada je dulu kawan i kena jadi pengapit siap dibuli2 oleh family pengantin ni. Kena jerkah bagai. Ewahhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 02:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah nak bride maids sgt la kalau setakat melaram tak berfungsi. Meluat. Bridemaid sepatutnya kena jaga bride, tahu n peka adab, adat, do & dont majlis dll bukan nak highlight diri sndiri, manjang selfie pastu ketawa mengilai2

Setakat nak iring ke pelamin sauk je sedara mara or mana kawan yg ada masa tu, tukang angkat dulang, sedara mara sepupu sepapat sudah. Gambar kawen outdoor dgn laki u sudah la.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
aku cuma nak tanya, dalam Islam ada ke budaya Bridesmaid bagai ni? bukan tu menyerupai budaya barat dan kristian? Tkda bridesmaid boleh mati eh? majlis kawin terus malang eh?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-6-2024 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
member2 kawin awal ramai la member2 datang kenduri. siap konvoi. yang kemudian kemudian kawin member yang duk gigih sewa hotel/homestay/berkonvoi pegi dulu krik krik je. alasan bini/laki tak bagi, anak kecik, anak sakit etc.


huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2024 02:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Lah..xyah la ada bridesmaid bagai..kdg2 bridesmaid ni buat pengantin tenggelam..lagi2 kalau bridesmaid lg lawa dari pengantin..nnt tgk gambar kawin bridesmaid lg menonjol dr pengantin sedih dik
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
yg dah kawen harusla selfish kan kasi alasan anak tok laki bagai..gitula diaorg pandang orang single. bila cerai or ada prob rumahtangga baru nak carik kawan single balik
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2024 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
iols geli geleman dok bridesmaids berkoyan2 ni. utk apa tatau melainkan perabes duit beli baju depa/depa kene beli baju sendiri
tapi semua kenduri kwn2, iols menghadirkan diri even buat celah pulau konon nak beach vibes. merentan iols habis pitih
tapi sbb vibe tu sgt la romantik sampai ke koh samui sampai jua iols demi kawan nikoh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 1.036100 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list