|
Nur Hairani Husna
PONTIAN – Setelah seminggu berlalu, Nur Hairani Husna yang meninggalkan rumahnya di Kampung Telok Kerang di sini, pada 24 April lalu masih belum ditemui walaupun pelbagai cara telah dilakukan.
Bagaimanapun bapanya, Chairil Yazid Mohammad dan ibunya, Suhaila Abd Ghani enggan ditemubual oleh media secara langsung dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk mengesan anak gadisnya itu.
Menurut Chairil Yazid, usaha mencari anaknya dilakukan di beberapa lokasi di Johor Bahru selain menjejaki rakan-rakan dan saudara mara terdekat namun masih gagal untuk menemui Nur Hairani Husna.
“Sebagai orang Islam, saya tidak lupa untuk berdoa dan menunaikan solat hajat bagi meminta petunjuk supaya anak saya terbuka hatinya untuk balik ke rumah.
“Namun untuk bertemu bual dengan media saya dan isteri tidak bersedia dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan tugas mereka sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan melalui aplikasi WhatsApp hari ini.
Sebelum ini Kosmo! melaporkan gara-gara enggan menyambung pelajaran menyebabkan seorang gadis berusia 19 tahun keluar dari rumah keluarganya di Kampung Telok Kerang, dekat sini, pada pukul 5 pagi 24 April lalu.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -ada-khabar-berita/ |
|