CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6025|Reply: 0

[Johor] Pekerja ladang mengaku salah cabul cucu saudara

[Copy link]
Post time 2-5-2024 03:14 PM | Show all posts |Read mode

TERTUDUH dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku bersalah cabul cucu saudara. FOTO Alias Abd Rani

Muar: Pekerja ladang mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu saudara di Segamat pada tahun lalu dan awal bulan ini.

Tertuduh berusia 42 tahun membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa berusia 16 tahun di rumah neneknya dalam daerah Segamat pada 1 pagi, Januari tahun lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengulangi perkara sama terhadap mangsa ketika mengajar remaja itu menunggang motosikal di Bekok, Segamat pada 8 malam, 7 April lalu.


Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 14, yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Arif Marzuki, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Susulan pengakuan bersalah tertuduh, mahkamah menetapkan 8 Mei ini untuk fakta kes serta hukuman.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -cabul-cucu-saudara
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:39 PM GMT+8 , Processed in 0.050598 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list