CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22789|Reply: 115

Cerita disebalik Sessi Fotografi Zarul bersama Siti Nurhaliza (1996)

[Copy link]
Post time 26-3-2011 02:34 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by uwekkk at 26-3-2011 02:38

mungkin citer dh sgt basi tp sja nk share psl bru d publish oleh empunya diri: kisah zman dolu kala CT n Zarul Umbrella yg d cedok drp blog Zarul sndri http://zarulumbrella.com/?p=265

saper kta CT x pernah b'gmbar ngn retis laki


story drp Zarul Umbrella:

Mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu cerita disebalik sesi fotografi ini.”4 jam Membisu”..(memang benar statement tu)Terlebih dahulu post ni bukanlah untuk menyinggung mana mana pihak cuma berkongsi pengalaman sajer

Sesi foto ini adalah untuk majalah URTV bersama wartawan Joha Ahmad,pada awalnya sessi ni adalah untuk cover URTV telah dijalankan di Sungai Congkak kalau saya tak silap la..Juru make-up pula dibuat oleh juru make-up tersohor  Zul Fadli

Saya sampai pagi ditemani oleh PR saya manakalahDatuk Siti Nurhaliza ditemani oleh Ayie-abangnya,sampai sajer kami di lokasi kami terus mendaki anak tangga yang agak tinggi juga untuk ke lokasi penggambaran yang dikelolakan oleh jurugambar Jefri Iran

Apabila sampai jer Zul Fadli make-up kan saya dan Datuk Siti, dan setelah habis make-up Zulfadli memberi beberapa pasang baju untuk saya dan Datuk Siti..Baju baju yang diberikan kepada Datuk kebanyakkannya mendedahkan bahagian betis beliau dan juga kelihatan agak jarang,beberapa helai baju telah direject oleh beliau dan ini menimbulkan sedikit ketidakpuashatian kepada Zulfadli dan Joha,kerana hampir kesemua baju telah direject dan ini mungkin membantutkan sessi foto untuk cover.

Manakala Datuk Siti pun saya tengok macam nak menangis dek kerana baju2 yang tidak sesuai dari pandangan beliau.Mengikut Zulfadli baju2 tu agak senteng(nampak betis) pasal nak sesuaikan keadaan di lokasi iaitu di kawasan air terjun.

Setelah berbincang cara baik Siti akhirnya bersetuju dengan beberapa syarat(yg saya tak pasti apa dia)dia akhirnya mengenakan 3 pasang persalinan-(dalam gambar)

Lepas tu kita pun mula la shoot..saya rasa agak kekok untuk pose kerana tak begitu mengenali Datuk pada waktu itu di tambah pula abangya Ayie ada kat depan memerhatikan kami ..fuhh memang tak selesa,saya ni pulak jenis yang susah nak bercakap ngan orang jika orang tu pun susah nak bercakap macam saya lagi lah saya tak bercakap ..last2 kami diam jer..yang sibuk memeriahkan suasana adalah si Joha dan Zulfadli yang memberi arahan pose2 yang nak dilakukan

Setelah hampir 4 jam kami pun selesai dan ternyata Joha memang tak berpuashati dengan sessi tadi,dan sebelum bersurai dia sempat berbisik pada saya kebanyakn gambar tak ‘meriah dan tak meletop’ mungkin takkan jadi cover.

Selang beberapa minggu ianya disiarkan hanya satu mukasurat jer seperti yang anda lihat tu.

Selepas dari sessi foto tu kedengaran desas desus yang Datuk Siti tak akan bergambar dengan artis lelaki ,pada saya ini adalah salah satu tindakan tegas beliau dalam menetukan hala tuju kerjaya beliau dan keputusan yang diambil itu nyata memberi impak yang baik kepada kerjaya insan seni bernama Datuk Siti Nurhaliza ni.Saya respect la kat dia pasal dia berani menyuarakan pendapat mengenai pakaian yang harus dipakainya walaupun dia masih baru dalam bidang seni pada waktu itu

Jadi begitulah sedikit sebanyak coretan mengenai cerita disebalik gambar saya bersama biduanita seni tanah air Datuk Siti Nurhaliza

p/s Baru baru ni nak dijadikan cerita saya akhirnya bercakap juga dengan beliau semasa dia pulang dari Umrah bersama suaminya Datuk Seri Khalid,beliau telah naik kapal dimana saya bertugas ketika itu dan saya lah orang yg serve bagi makan kat dia dan sebelum keluar kapal dia sempat menegur “Abang da tak nak nyanyi balik ker?”..jawapan nya ..anda sendiri la jawab heheheeh



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2011 02:41 AM | Show all posts
kisah dulu2
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 06:03 AM | Show all posts
Setelah berbincang cara baik Siti akhirnya bersetuju dengan beberapa syarat(yg saya tak pasti apa dia)dia akhirnya mengenakan 3 pasang persalinan-(dalam gambar)  ...
uwekkk Post at 26/3/2011 02:34


ngeee ~~ syarat dia mesti tokleh siarkan bahagian betis ke bawah..


sbb nmpk gambar tue sume separuh badan je
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 01:22 PM | Show all posts
meletop kan CT.....tu pun dikatakan hippo oleh anti2...
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 01:24 PM | Show all posts
anti2 yg hippo sbnrnya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 01:46 PM | Show all posts
hensem zarul ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-3-2011 02:27 PM | Show all posts
aku like je..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 02:43 PM | Show all posts
tapi skang nie zarul tu dah berisi sangat kannnn
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2011 05:58 PM | Show all posts
Isnt it ironic ?
Zarul boleh dikatakan ada "upper hand" in the industry pada waktu itu, now is a has-been and a no-more to the industry, sedangkan ct dgn segale "kerenah kampung" is now arguably one of Asia's biggest stars for the past decade and still is.
Some diva is diva by nature .. from the start.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2011 10:36 PM | Show all posts
semakin anti mengata ct, semakin nama ct kukuh di persada seni suara tanah air
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2011 12:24 AM | Show all posts
skang x kisah pn b'gmbar ngn lelaki b'nama Datuk K ...lovely couple

Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 01:05 AM | Show all posts
Reply 1# uwekkk

kesah lame ct umpama yg berlaku pd ZZ skrg

wartawan sentap sbb retis tak nak pki baju yg dicdgkn...

so kalaulah ct tak de prinsip sebegini
mmg agaknye skrg ni ct dh dipaksa berkemban smpi terkeluar bukit
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 12:57 PM | Show all posts
sgt  bgussss........ pendirian yg teguh sejak dari mula.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2011 07:40 PM | Show all posts
walau ape pun aku tetap sker kilafairy..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 01:16 AM | Show all posts
Zarul ni ada iras arwah Faisal Yusop...Very 90-an gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 08:27 AM | Show all posts
Reply 11# uwekkk

DK x ensem seblom kawen ngan CT. skrg baru aku nampak dia ensem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2011 08:29 AM | Show all posts
beliau telah naik kapal dimana saya bertugas ketika itu dan saya lah orang yg serve bagi makan kat dia dan sebelum keluar kapal dia sempat menegur “Abang da tak nak nyanyi balik ker?”..jawapan nya ..anda sendiri la jawab heheheeh
uwekkk Post at 26-3-2011 02:34

bila aku baca part ni, aku rasa sgt terharu. betapa CT masih ingat akan rakan2 seangkatannya dulu walaupun beliau sudah terbang terlalu jauh dan tinggi meninggalkan rakan2 artis yg juga muncul pada tahun 1996. aku sendiri dah ingat2 lupa lagu zarul umbrella ni walaupun dulu aku pernah beli kaset diorg

p/s: agak2 Lan A To Z mahu tegur CT x kalo terserempak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 10:43 AM | Show all posts
zarul ni aku suka sbb dia sgt humble.. aku kontek2 dia melalui FB.. ada gak dia ajak karoks tp aku xde kesempatan nak trn KL.. Vokal Zarul masih power ok
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 11:33 AM | Show all posts
bila aku baca part ni, aku rasa sgt terharu. betapa CT masih ingat akan rakan2 seangkatannya dulu  ...
ruffleen Post at 28-3-2011 08:29


i ketinggalan ketapi skit...apahal sebenarnya antara ct n lan tu?ada gak dgr dia sentap ngan ct,tp psl apa ye?psl dia sindir2 ct dulu tu ke?

anyway,thread ni klu ltk kt board gosip mesti best...apa plak komen anti2...nk bgtau ct ni hipo gak ke walhal ct langsung tak pemes masa ni?:re:
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2011 11:46 AM | Show all posts
Reply 19# mizzmaddie

a'ah...puncanya masa sesi fotografi, lan sibuk nak letak tangan atas bahu ct tpi ct tarik2 bahu tanda x suka...so lan rasa mcm terhina le..camtu kisahnya...lepas tu majalah mangga boikot ct 6 bulan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:31 PM GMT+8 , Processed in 0.532979 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list