CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5183|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Banjir kilat di Kota Tinggi, satu PPS dibuka

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:58 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis membuat pemantauan banjir di Taman Daiman, Kota Tinggi. FOTO ihsan FB POLIS

Kota Tinggi : Hujan lebat berterusan sejak 8 pagi tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di daerah ini dinaiki air.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Lintang bagi menempatkan penduduk yang terjejas akibat banjir kilat.

Menurutnya, PPS yang dibuka pada 12.30 tengah hari itu menempatkan 22 penduduk daripada tujuh keluarga.

"Penduduk yang dipindahkan ke PPS dari Kampung Teminin Baru dan Kampung Desa Makmur.


"Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan sehingga 6 petang ini membabitkan daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

"Bagaimanapun, setakat laporan pada 2 petang tadi, lima lembangan sungai di Kota Tinggi membabitkan Sungai Johor di Rantau Panjang, Sungai Johor di Kota Tinggi, Sungai Sembilang di Kampung Sungai Sembilang, Sungai Sedili Kecil di Sedili Kecil dan Sungai Ulu Sedili Besar di Batu 52 Sedili berada pada aras normal," katanya dalam kenyataan, di sini.

Sementara itu, beberapa gambar dan video dikongsikan di media sosial memaparkan keadaan banjir kilat di beberapa jalan di Bandar Kota Tinggi.

Pengguna jalan raya turut diminta menggunakan jalan pintasan (bypass) untuk meneruskan perjalanan keluar dan masuk ke bandar ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Polis Kota Tinggi, pemantauan banjir kilat serta kawalan lalu lintas dilakukan di Jalan Johor Bahru - Kluang (Sanggar Kota), Kota Tinggi dan Jalan Kota Tinggi - Kluang (persimpangan Taman Daiman), di sini.

"Polis Kota Tinggi menasihati pengguna jalan raya terutama pemilik kenderaan ringan agar tidak merempuh genangan air di Jalan Kota Tinggi - Kluang (persimpangan Taman Daiman), Kota Tinggi.

"Unit Kereta Peronda telah menutup laluan tersebut buat sementara waktu memandangkan ia tidak selamat digunakan oleh kenderaan ringan," kata kenyataan itu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ggi-satu-pps-dibuka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.060191 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list