View: 8579|Reply: 0
|
Syafiq intai peluang kembali sertai Harimau Malaya
[Copy link]
|
|
Pemain KDA FC, Muhammad Syafiq Ahmad meraikan jaringannya ketika menentang PDRM FC di Stadium Majlis Perbandaran Selayang. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tonggak Kedah Darul Aman (KDA) FC, Syafiq Ahmad berharap dapat meneruskan aksi cemerlang bersama Sang Kenari dalam usaha untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya.
Syafiq muncul wira KDA FC apabila jaringan pantasnya ketika perlawanan hanya berlangsung 33 saat berjaya membantu skuad Nafuzi Zain menewaskan PDRM FC 1-0 dalam aksi sulung Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, semalam.
Penyerang berusia 28 tahun itu juga menjadi pemain pertama meledak gol dalam saingan Liga Super musim 2024-2025 selepas aksi Piala Sumbangsih antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Selangor yang sepatutnya berlangsung, kelmarin dibatalkan.
"Terima kasih kepada rakan yang membantu untuk kami mendapat jaringan awal, bukan (sebab) saya seorang. Ini prmulaan yang baik untuk saya dan pasukan, harap momentum ini dapat diteruskan bagi perlawanan akan datang.
"Mungkin orang cakap (jaringan itu) untuk saya menonjol lagi. Semoga dengan jaringan itu saya dapat beraksi dengan baik dalam setiap perlawanan dan kembali bermain untuk pasukan Harimau Malaya.
"Harimau Malaya ada perlawanan yang penting untuk kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia. Bagi saya yang pernah bermain untuk Harimau Malaya, setiap pemain memang mahukan tempat dalam pasukan Malaysia," kata Syafiq.
Skuad Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon akan mengharungi dua baki aksi Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 berdepan Kyrgyzstan dan Taiwan, bulan depan.
Selain itu, Syafiq turut mendoakan dua pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan Akhyar Rashid supaya cepat pulih dan dapat kembali beraksi di atas padang.
https://www.bharian.com.my/sukan ... rtai-harimau-malaya |
|
|
|
|
|
|
| |
|