CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7708|Reply: 0

Protes jalan berlubang, penduduk cuci pakaian guna air lopak - “Setiap hari pasti ada kemalangan di sini"

[Copy link]
Post time 15-5-2024 08:20 AM | Show all posts |Read mode




JAKARTA – Penduduk sebuah kampung di Lampung Tengah, wilayah Lampung melancarkan protes membantah keadaan jalan yang teruk berlubang dengan melakukan pelbagai aktiviti di laluan tersebut, lapor laman berita Tribun Lampung hari ini.


Antara yang mereka lakukan adalah menanam pokok pisang di tengah jalan, berbaring dan berendam di dalam lopak air serta mencuci pakaian menggunakan air bertakung.


Menurut seorang penduduk dikenali sebagai Gunarto, semua aksi itu dilakukan untuk mendapatkan perhatian pemerintah tempatan.


“Jalan ini sudah lama rosak. Tolonglah baiki jalan ini,” katanya.


Tambah Gunarto, penduduk Poncowarno mendesak agar pihak berkuasa wilayah Lampung membaiki jalan daerah Padang Ratu hingga Kalirejo itu kerana mengundang  kemalangan pada setiap hari.


“Setiap hari pasti ada kemalangan di sini. Jalan ini penting kerana digunakan oleh penduduk untuk menghantar anak mereka ke sekolah,” ujarnya.


Kata Gunarto, keadaan lubang yang banyak di jalan itu menyukarkan pengguna terutamanya ketika musim hujan.


“Selain air bertakung, turapan jalan yang sudah lama hilang membuatkan jalan berlumpur dan licin,” jelasnya. – AGENSI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.350346 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list