View: 17870|Reply: 37
|
Percaya Atau Tidak, Malaysia Dapat Top 5 Dalam Senarai Negara Dengan Gaji Tertinggi Di Asia Tenggara
[Copy link]
|
|
Menurut Time Champ, Malaysia berada di tempat keempat tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara daripada segi purata gaji bulanan.
Berdasarkan data yang dilaporkan, Singapura, Thailand dan Brunei berada di kedudukan tiga teratas.
Mendahului senarai, Singapura mencatatkan purata gaji bulanan sebanyak SGD8,480 (kira-kira RM29,714) dan untuk pengetahuan semua, ia mengatasi purata global.
Pendapatan luar biasa negara jiran ini turut disumbang oleh ekonomi yang teguh dan kedudukannya yang strategik sebagai hab kewangan global.
Sementara itu, Thailand yang berada di kedudukan kedua mempunyai gaji purata bulanan sebanyak THB97,300 (kira-kira RM12,551).
Ekonomi negara itu merangkumi industri pelancongan, pembuatan dan pertanian yang memberi kesan kepada pendapatan bulanan rakyat Thailand.
Di tempat ketiga, Brunei dengan gaji purata bulanan sebanyak BND3,230 (kira-kira RM11,317).
Brunei kaya dengan sumber asli, terutamanya minyak dan gas, kestabilan ekonominya menjadikan persekitaran yang baik untuk kadar gaji yang memberangsangkan.
Malaysia, di tangga keempat dengan purata gaji bulanan sebanyak RM6,610.
Sebelum ini, UNICEF menerusi perbincangan tentang penetapan gaji minimum menegaskan bahawa RM1,500 tidak mencukupi untuk rakyat negara ini.
SUMBER : VOCKET |
|
|
|
|
|
|
|
Ye laaaa tengok la negara2 jiran ko sapaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
Motif Malaysia kalah dengan Thailand? Ala sedehhhhh mau 6k tu beza! |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan tak percaya but shocked. Gila ko dgn Thailand yang rakyatnya nampak macam lebih miskin rupanya gaji lebih tinggi dari Malaysia dan Brunei. Kalau masih tak insaf juga tak tau lah.
|
|
|
|
|
|
|
|
ASEAN 5: Malaysia, Singapore, Indonesia, Phillipines, Thailand.
Campur Brunei dan 4 negara indo china: vietnam, cambodia, myanmar, laos
tempat keempat utk malaysia sebenarnya kedudukan pariah ya amat.
pendapatan pon separuh dari brunei (tempat ketiga), atau hanya 20% dari pendapatan singapura.
kau rasa??? |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 15-5-2024 11:42 PM
ASEAN 5: Malaysia, Singapore, Indonesia, Phillipines, Thailand.
Campur Brunei dan 4 negara indo chi ...
Pariah sikit dari Indon ...okey la tu...sejuk sikit hati |
|
|
|
|
|
|
|
"enipu..sini kita indon gaji JUTA,JUTA,JUTA la"-nusaraya |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi menurut komen2 yg dibaca, org telen tak gi melancong ke luar negara sangat pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 16-5-2024 01:34 AM
Tapi menurut komen2 yg dibaca, org telen tak gi melancong ke luar negara sangat pun.
So duit dorg x mengalir keluar sgt...dpt protect nilai currency dorg... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by SalenaGomez at 16-5-2024 06:31 AM
sharlenetexas replied at 16-5-2024 01:34 AM
Tapi menurut komen2 yg dibaca, org telen tak gi melancong ke luar negara sangat pun.
Rasanya mungkin telen gaji diorg gap besar. So bila buat average, gaji purata nampak tinggi sebab gap gaji antara terendah dan ttinggi besar. Telen kalau yg kaya2 tu melancong over the sea la. Buat apa dtg malaysia, lebih kurang je kan |
|
|
|
|
|
|
|
kasibiman replied at 15-5-2024 11:42 PM
ASEAN 5: Malaysia, Singapore, Indonesia, Phillipines, Thailand.
Campur Brunei dan 4 negara indo chi ...
Dah la ke4 lepas tu beza average gaji telen dan Malaysia beza rm5k. So x perlu nak bangga tempat ke lima. Nombor corot sebenarnya. Dgn cost of living yg meningkat. Depa ni kalau nak compare pon guna la statistik yg sesuai, contoh nya perbanding kadar gaji vs cost of living bandar ke. |
|
|
|
|
|
|
|
Brunei dgn singapore gaji mahal tp cost living errrrrr
BNR 1 = SGD 1
Tp cost of living kat brunei masih murah utk makan2, tpt tinggal etc |
|
|
|
|
|
|
|
Asia tenggara memang la. Kalau top 5 Asia baru terkejut. Tapi ni pun kira terkejut la sebab kenapa no 4 je dari 10 negara Asia tenggara??? Makin merudum la maksudnya. Kalau masih kekal jaguh kampung tak sedar juga, tak lama lagi entah siapa pulak kalahkan kita. Vietnam kah? |
|
|
|
|
|
|
|
kannn.....
janji anak beranak dan kroni dia kaya.
rakyat biar kayap.
|
|
|
|
|
|
|
|
Rendahnya gaji. Patut 1 tangga bawah Singapore. Politik Thailand tu lagi la tunggang-langgang berbanding Malaysia tapi boleh offer gaji purata lebih tinggi.
Adakah di Malaysia ni kekayaan dipegang oleh select few di top management sahaja? Adakah labour market dipenuhi dengan kerja low skilled bergaji rendah? Majikan ambil kesempatan atas pekerja? Majikan guna alasan corporate tax tinggi?
|
|
|
|
|
|
|
|
weyy malu weyyy.. bukan bangga tapi lagi malu.. top 5 asia tenggara.. tgk la sape jiran2 ko.. hurm...
bole x nak hasanah... bersyukur la ade kerja dan ade gaji..
fullstop! |
|
|
|
|
|
|
|
mcm suspicious je source of data ni...Time Champ ? apa punya company ni, India mari ke ? if data comes from reputable analyst firms then it makes sense such as Forbes, The Economist, Bloomberg, etc... without arguments mmg Singapore lah the top earner dkt rantau ni, but Thailand tempat kedua ?? by PPP measurements and GDP per capita kita punya value way higher than Thailand... something is wrong ni... mmg gaji minimum kita rendah, tp gaji kt Thailand pun lebih kurang, not way higher...
something might be wrong dgn data released by this Time Champ,... or mmg entah2 betul... lantak kau la yg penting Malaysia masih aman |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 16-5-2024 07:45 AM
Asia tenggara memang la. Kalau top 5 Asia baru terkejut. Tapi ni pun kira terkejut la sebab kenapa n ...
Business owners & industries dah biasa terkena "candu" madey, jahit and da gang.... benda ni da lama sebati dan berakar umbi
Why pay more kalo dpt bayor import foreigners murah2?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|