CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15879|Reply: 5

[Jenayah] Ketua Polis Negara Madanon u-turn... Suspek tiada kaitan dengan JI... Macam bia ...

[Copy link]
Post time 19-5-2024 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Katanya yang JI adalah bapak si suspek. Dan suspek  bukan JI.

Patut ke belum apa2 terus nak kaitkan seseorang individu yg disyaki  dengan perangai atau pegangan bapak dia?

Bayangkan setiap kali orang sebut nama Nurul Izzah Anwar, orang sebut "Nurul Izzah Binti Anwar, anak seorang peliwat yang pernah dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah".

Dalam majlis perasmian sekolah tadika, MC jemput tetamu kehormat Nurul Izzah naik memberi ucapan di atas pentas dengan ayat "Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan tetamu kehormat saudari Nurul Izzah Binti Anwar, anak seorang peliwat yang pernah dijatuhkan hukuman penjara oleh mahkamah, untuk memberi ucap utama sekaligus merasmikan tadika kita"

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2024 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Macai PH bodo yg gelojoh jadi pakar pengkaji terorist dijemput memberikan sepatah dua kata
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 10:30 AM | Show all posts

Siasatan lanjut dapati lelaki serang Balai Polis Ulu Tiram bukan anggota JI - KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain. - NSTP/FOTO FAIL





KUALA LUMPUR: Suspek menyerang Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam dikaitkan dengan Jemaah Islamiyah (JI) berdasarkan siasatan awal polis dan sejarah mengaitkan bapanya sebagai bekas anggota organisasi berfahaman militan dan ekstremisme itu.

Siasatan lanjut, jelas Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, bagaimanapun mendapati lelaki terbabit dalam insiden serangan mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi, bukan anggota JI.

"Ya suspek disahkan bukan anggota JI. Dapatan ini hasil siasatan lanjut yang dijalankan pihak polis," katanya kepada BH, hari ini.

Beliau memaklumkan, kenyataannya semalam mengenai pembabitan suspek dalam JI adalah berdasarkan siasatan awal polis selain sejarah mengaitkan bapa lelaki itu sebagai bekas anggota JI.

Mengenai motif serangan, Razarudin berkata, ia masih lagi dalam siasatan polis.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di Johor, hari ini berkata siasatan polis mendapati suspek dalam kes itu bertindak sendirian didorong motivasi dan kefahamannya sendiri.

Menurut beliau, kesimpulan itu ia dibuat selepas polis selesai menemubual 46 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek dan serangan berdarah berkenaan.

"Siasatan awal polis mendapati suspek bertindak sendirian, kita panggil 'lone wolf', didorong motivasi kefahamannya, malah dia dan keluarga juga tidak bercampur dengan masyarakat.

"Oleh itu, serangan suspek di Balai Polis Ulu Tiram adalah terpisah daripada misi besar atau kumpulan terancang, tidak ada," katanya.

Dalam kejadian serangan pada jam 2.54 pagi semalam, suspek berusia 21 tahun itu ditembak mati polis,

Anggota polis yang maut ialah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, manakala Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dilaporkan stabil dalam rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Sehubungan itu, tujuh individu ditahan termasuk lima anggota keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, susulan serbuan di sebuah kediaman di Ulu Tiram, semalam.

Dua lagi yang ditahan adalah pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian, juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes itu yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Suspek dah meninggal tuduh la apa pun..
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Iols pun x rasa. Its too convenient nk blame JI
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2024 11:25 AM | Show all posts
mojarean_X replied at 19-5-2024 11:16 AM
Iols pun x rasa. Its too convenient nk blame JI

Sembunyikan semua sampah dan kotoran dibawah karpet permadani .... Hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.316168 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list