|
Setakat ini tujuh individu kekal direman dan disiasat berhubung insiden serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram. - Foto NSTP/Nur Aisyah Mazalan
JOHOR BAHRU: Hanya tujuh individu kekal direman dan disiasat berhubung insiden serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, setakat ini.
Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata ketika ini siasatan berhubung kes berkenaan masih giat dijalankan.
"Setakat ini, tujuh individu masih ditahan reman. Siasatan kes ini masih diteruskan.
"Sekiranya ada perkembangan baharu, kita akan maklumkan. Sehingga itu, beri ruang untuk polis jalankan siasatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sabtu lalu, tujuh individu direman tujuh hari bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi Jumaat lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Tujuh individu terbabit termasuk lima anggota keluarga suspek berusia lingkungan 19 hingga 62 tahun, yang ditahan sejak Jumaat lalu, susulan serbuan dilakukan di kediaman keluarga suspek awal selepas kejadian berlaku.
Turut direman, dua pelajar institut pengajian tinggi (IPT) yang hadir di balai polis sebelum kejadian, juga dipercayai mempunyai kaitan dalam kes berkenaan.
Dalam kejadian serangan pada 2.54 pagi semalam, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis masing-masing berusia 22 dan 24 tahun serta suspek yang berusia 21 tahun, manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera.
Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, maut dalam kejadian.
Koperal Mohd Hasif Roslan yang dilaporkan parah kini stabil dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.
https://www.bharian.com.my/berit ... direman-setakat-ini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|