CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3102|Reply: 0

[Pahang] Dua lelaki ditahan miliki 50 bungkus air ketum

[Copy link]
Post time 20-5-2024 04:20 PM | Show all posts |Read mode

CECAIR dipercayai air ketum yang dirampas dari dua lelaki di sebuah rumah di Jalan Paya Luas di Kuala Krau di Temerloh.

TEMERLOH – Polis menahan dua lelaki kerana memiliki air ketum dalam satu serbuan di kawasan sebuah rumah di Jalan Paya Luas, Kuala Krau di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 10 malam itu pihak polis berjaya merampas 50 bungkusan plastik berisi cecair warna hijau dupercayai air ketum yang bernilai RM500.

“Kedua-dua lelaki berusia 27 dan 35 tahun itu ditahan bagi siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952 dan siasatan masih giat dilakukan.

“Polis merampas tong plastik berpenutup warna oren yang di dalamnya terdapat 50 bungkusan plastik disyaki air ketum sebanyak 50 liter,”katanya di sini hari ini.

Menurutnya berdasarkan siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki yang merupakan pengangur itu tidak mempunyai rekod kesalahan lampau. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -bungkus-air-ketum/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 11:28 PM GMT+8 , Processed in 0.046097 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list