CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5287|Reply: 0

[Johor] Mulianya hatimu Ellynurziana

[Copy link]
Post time 25-5-2024 04:52 PM | Show all posts |Read mode

ELLYNURZIANA membantu anak anjing yang dipercayai mengalami luka akibat gigitan haiwan lain pada 14 Mei lalu. FOTO Ihsan pembaca.

Gambar Ihsan Ellynurziana Muhajir

Kluang: Tindakan wanita Melayu ini membantu dan merawat anak anjing jalanan yang mengalami luka pada badan hingga berulat mendapat perhatian di TikTok kerana keprihatinannya yang menyelamatkan haiwan berkenaan.

Ellynurziana Muhajir, 24, membantu anak anjing yang dipercayai mengalami luka akibat gigitan haiwan lain pada 14 Mei lalu dan sebelum itu haiwan berkenaan memang pernah datang ke rumahnya bersama lima lagi anak anjing lain.

"Pada mulanya saya terdengar suara anjing menjerit (menahan kesakitan) dan esok pagi saya tengok anak anjing itu berada berhampiran rumah dengan keadaan badan yang luka dalam dan sudah berulat serta ada telur lalat.


"Saya kasihan melihat anak anjing itu dan terus ambilnya untuk buang ulat dan telur lalat sebelum bawa ke klinik haiwan bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi Harian Metro, di sini, hari ini.

Menurutnya, dia kemudian membawa anak anjing itu pulang ke rumah dan memantau keadaannya sebelum mendapati haiwan berkenaan sudah tiada di rumah dipercayai dibawa induknya bersama anak anjing lain.

"Saya anggap ibu anjing itu hantar anaknya ke rumah kami untuk meminta bantuan rawat anak anjing berkenaan membawanya pergi bersama. Saya ada juga cuba cari tapi tak jumpa di mana-mana namun gembira dapat membantunya.

"Ini kali pertama saya bantu anjing tetapi sebelum ini pernah bantu selamatkan anak monyet. Rasa kasihan dan tak sampai hati tengok anak anjing itu walaupun sebagai Muslim tak boleh bela tetapi tak salah kita membantunya," katanya.

Dia yang menetap di Simpang Renggam, di sini, berkata, perkongsiannya di TikTok hanya untuk kenangan dan tidak menyangka ia mendapat reaksi positif netizen yang turut sama mahu membantu kos rawatan anak anjing berkenaan.

"Saya tidak menerima sumbangan kerana ketika itu masih mampu menanggung kos rawatan yang hanya RM100 saja dan sekarang anak anjing itu juga sudah tiada. Ada juga yang cakap cara saya menyelamatkan haiwan itu betul.

"Saya memang pakai sarung tangan dan turut buat sertu juga kerana ada juga yang komen cakap haiwan itu haram. Apa yang saya buat adalah untuk membantu anak anjing yang dalam kesakitan dan bukan saja-saja memegangnya.

"Saya juga menghargai komen yang positif dan memberi penghargaan untuk bantuan itu tetapi perkongsian itu bukan untuk menunjuk atau meraih pujian," katanya.

Terdahulu bekas pekerja kilang di Singapura berkenaan berkongsi videonya menyelamatkan dan membuang ulat pada badan anak anjing yang meraih sejuta tontonan serta turut memuji tindakan yang dilakukannya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... hatimu-ellynurziana

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.056827 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list