CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7294|Reply: 0

[Johor] Lelaki pulas tangan, ugut wanita berang kena 'block' di media sosial

[Copy link]
Post time 26-5-2024 01:24 PM | Show all posts |Read mode

Muhammad Latiff Daud (baju oren) dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas mengaku pulas dan ugut tangan wanita. FOTO Alias Abd Rani


Batu Pahat: "Boleh kurangkan lagi tak denda? demikian kata seorang pembantu kedai makan yang didenda RM4,800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah atas pertuduhan mencederakan dan ugutan jenayah terhadap dua pekerja kedai serbaneka, Isnin lalu.

Muhammad Latiff Daud Osman, 27, dituduh yang berdepan dua pertuduhan termasuk memulas tangan seorang wanita kerana menyekatnya di media sosial itu membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan ke atas mangsa berusia 24 tahun dalam kejadian di Taman Orchid Height di sini, pada 6.40 petang, 20 Mei lalu.


Bagi kesalahan itu dia boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya.

Pertuduhan kedua pula, dia didakwa cuba menakutkan secara jenayah dengan mengugut seorang lagi wanita berusia 21 tahun dengan kata-kata 'kau tunggu jangan sampai aku tetak kau' di tempat kejadian, waktu dan tarikh sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh datang ke tempat kerja mangsa kerana marah wanita itu menyekat untuk menjadi kenalan di media sosial.

Pertemuan itu tercetusnya perang mulut dengan tertuduh menarik dan terus memulas tangan mangsa. Rakan mangsa melihat kejadian itu cuba meleraikan sebaliknya dia diugut oleh tertuduh.

Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera dan menerima rawatan manakala rakannya mengalami ketakutan akibat ugutan tetak terhadapnya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili Tan Song Yan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,000 bagi pertuduhan pertama, manakala RM1,800 untuk pertuduhan kedua.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan tertuduh boleh dipenjara tujuh bulan sekiranya gagal membayar denda.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ock-di-media-sosial

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:16 PM GMT+8 , Processed in 0.588991 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list