CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5823|Reply: 1

[Johor] Kegiatan ekstremis agama, ajaran sesat di Johor sentiasa dalam pemantauan polis

[Copy link]
Post time 27-5-2024 01:03 PM | Show all posts |Read mode

Kumar menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang daripada anggota polis sempena Majlis Perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

JOHOR BAHRU: Kegiatan ekstremis agama, kumpulan ajaran sesat dan meragukan di negeri ini, sentiasa dalam radar pemantauan Cawangan Khas Polis Johor.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, berkata namun ciri-ciri mereka yang terlibat secara langsung dengan kegiatan tersebut tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Justeru itu, beliau memohon kerjasama masyarakat khususnya jiran tetangga bagi memberi maklumat dan melaporkan sekiranya terdapat kegiatan atau aktiviti mencurigakan.

"Kita tidak dapat menilai ideologi seseorang itu menerusi pandangan mata kasar.


"Sehubungan itu, maklumat awal daripada keluarga terdekat dan jiran tetangga ini adalah sangat penting dalam membuat pencegahan awal, berhubung perubahan sikap, tingkah laku dan aktiviti harian.

"Cawangan Khas Polis Johor akan sentiasa komited dalam memastikan kegiatan ekstremis agama, kumpulan sesat dan meragukan ini menjadi keutamaan, dalam menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam dalam negara umumnya dan Johor khususnya," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Kumar memaklumkan sebanyak 8,652 individu ditangkap atas pelbagai kesalahan dadah dalam tempoh empat bulan bermula Januari hingga bulan lalu.

Katanya tangkapan ini adalah adalah yang ketiga tertinggi di antara kontinjen dengan rampasan sebanyak 1.72 tan dadah bernilai RM13.37 juta.

"Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Johor menunjukkan pencapaian yang komprehensif dalam membendung aktiviti penagihan, penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

"Dalam tempoh itu juga berjaya menumpaskan lapan sindiket pengedaran dadah tempatan dengan skala tangkapan dan rampasan besar.

"Seramai 68 individu juga berjaya ditahan dalam tempoh itu bagi tangkapan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) Akta Dadah Berbahaya 1985," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... sa-dalam-pemantauan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2024 02:46 PM | Show all posts
Syabas diucapkan kepada PDRM Johor

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.386313 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list