|
Nur Hairani Husna
PONTIAN – Usaha mencari Nur Hairani Husna Chairil Yazid yang hilang sejak 24 April lalu akhirnya membuahkan hasil apabila ditemui di Johor Bahru pada 8 Mei lalu.
Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mohammad Shofee Tayib berkata, Nur Hairani Husna ditemui sendiri oleh bapanya, Chairil Yazid Muhammad di rumah sewa anaknya di Pangsapuri Taman Bukit Saujana, Johor Bahru.
Katanya, pihak polis berjaya mengesan Nur Hairani Husna, melalui maklumat penyewa rumah dan seterusnya membawa ayahnya ke lokasi dimana anak perempuannya itu berada.
“Hasil siasatan yang dijalankan, Nur Hairani Husna sedang mencari pekerjaan di Johor Bahru dan tidak mahu pulang ke rumahnya buat sementara itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Kosmo! sebelum ini melaporkan gara-gara enggan menyambung pelajaran, seorang gadis berusia 19 tahun keluar dari rumah keluarganya di Kampung Telok Kerang dekat sini pada pukul 5 pagi, 24 April lalu.
Semasa melarikan diri, Nur Hairani Husna pelajar Kolej Komuniti Johor Bahru turut membawa sama kereta Proton Saga berwarna Ungu milik bapanya.
Sementara itu, usaha Kosmo! bagi mendapatkan ulasan daripada keluarga Nur Hairani Husna mengenai penemuannya tiada mendapat sebarang jawapan.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... mah-di-johor-bahru/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|