CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3442|Reply: 0

[Johor] Pasangan kekasih tukar pengakuan tidak bersalah abai anak hingga mati

[Copy link]
Post time 4-6-2024 03:42 PM | Show all posts |Read mode

Noraini  Haron, 42, dan Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mengabaikan anak kandung perempuannya berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematiannya bulan lalu. FOTO ARKIB NSTP

Seremban: Pasangan kekasih menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengabaikan anak perempuan berusia tiga tahun sehingga mengakibatkan kematiannya, bulan lalu.

Kedua-dua tertuduh, Noraini Haron, 42, dan Mohd Khairul Shamsua Israk, 38, menukar pengakuan itu dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan semula jurubahasa di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 1 April lalu, mahkamah menetapkan tarikh 2 Mei bagi laporan forensik, namun Noraini tidak hadir pada prosiding berkenaan sebelum Meor Sulaiman mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap wanita itu.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh dengan niat bersama sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap mangsa, Nuraireen Afeeya Muhammad Padzli, telah mengabaikan kanak-kanak terbabit sehingga menyebabkan kematiannya.


Kesalahan itu dilakukan daripada 18 Mac hingga 24 Mac lalu antara jam 12 tengah hari hingga jam 6.45 petang di sebuah rumah di Taman Mayung, Port Dickson.

Susulan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya.

Sebutan semula pada 12 Julai depan bagi laporan forensik.

Media pada 27 Mac lalu melaporkan, polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di Bandar Sunggala, Port Dickson, pada 26 Mac bagi membantu siasatan membabitkan kes pengabaian seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed dilaporkan berkata, pihaknya menerima laporan daripada Hospital Port Dickson pada 24 Mac memaklumkan mangsa dalam keadaan kritikal akibat terjatuh daripada kenderaan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ai-anak-hingga-mati

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.090621 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list