CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3559|Reply: 0

Manchester City saman Liga Perdana

[Copy link]
Post time 5-6-2024 12:30 PM | Show all posts |Read mode

Bendera kelab Manchester City dipasang di luar Stadium Wembley sebelum final Piala FA Inggeris menentang Manchester United baru-baru ini. – Foto REUTERS

LONDON: Manchester City mengisytiharkan perang ke atas Liga Perdana - menyaman penganjur pertandingan itu berhubung peraturan kewangan baharu dalam tindakan yang belum pernah berlaku sebelum ini sekali gus mencetus gelombang kejutan melalui bola sepak dan memecahbelahkan beberapa kelab paling berkuasa.

Bos yang berang di Stadium Etihad memfailkan dokumen undang-undang setebal 165 muka surat mendakwa mereka menjadi mangsa 'diskriminasi' dan peraturan yang diluluskan oleh kelab pencabar mereka dirasakan bertujuan untuk menyekat kejayaan mereka adalah 'kezaliman majoriti'.

Perbicaraan tertutup selama dua minggu bermula kelmarin dan keputusannya mungkin mempunyai kesan yang meluas terhadap 115 pertuduhan yang disasarkan oleh Liga Perdana ke atas City susulan dakwaan melanggar peraturan perakaunannya.

Perbicaraan itu ditetapkan pada November dan boleh dikenakan denda yang besar dan juga penyingkiran sekiranya juara empat musim berturut-turut kendalian Pep Guardiola didapati bersalah.


Dalam satu perkembangan mengejutkan yang menyaksikan beberapa kelab menyebelahi pihak tertentu, City berkata peraturan Transaksi Pihak Bersekutu (APT) liga itu menyalahi undang-undang dan sedang berusaha untuk memansuhkannya.

Mereka turut menuntut ganti rugi yang dipercayai sesetengah pihak mungkin mencecah puluhan juta.

Di bawah APT, yang diperkenalkan berikutan pengambilalihan Newcastle oleh syarikat dana awam Arab Saudi pada 2021, kelab dihalang daripada menaikkan tawaran penajaan dengan firma yang berkaitan dengan pemiliknya.

Sebaliknya, semua urus niaga perlu disifatkan secara bebas sebagai 'nilai pasaran saksama'.

Kes City adalah peraturan itu menjadi usaha langsung untuk menamatkan kejayaan berterusan mereka.

Sekiranya mereka berjaya, sesetengah pihak bimbang ia akan membuka pintu kepada tawaran harga palsu, perbelanjaan pemain yang besar dan akan membatalkan perbicaraan November - memandangkan banyak pertuduhan itu berkaitan dengan perjanjian penajaan.

Liga Perdana meminta kelab memberikan kenyataan saksi untuk menyokong hujah mereka. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... -saman-liga-perdana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:58 PM GMT+8 , Processed in 0.865354 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list