CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9572|Reply: 3

“Enggan Orang Sesama Islam Berbalah..” – RTM Tunggu Hasil Perjumpaan JAKIM & Ustaz Don Untuk Ambil Tindakan Lanjut

[Copy link]
Post time 10-6-2024 08:25 AM | Show all posts |Read mode




Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Datuk Suhaimi Sulaiman berkata pihaknya menunggu keputusan dari hasil perjumpaan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Ustaz Don Daniyal bagi tindakan seterusnya.


Menurut Suhaimi, pihaknya akan mengambil maklum segala hal daripada pertemuan JAKIM bersama Ustaz Don. Dia juga memberitahu tindakan merehatkan penceramah itu atas dasar mengelakkan sebarang perbalahan sesama Muslim.


"Sebab utama saya rehatkan Ustaz Don kerana enggan orang sesama Islam berbalah sebab itu bukan perkara yang baik.

"Saya ada berjumpa Ustaz Don sehari selepas memuat naik isu tersebut dalam aplikasi X. Saya maklumkan kepadanya semua tindakan ini untuk redakan situasi dan dia memahami dan faham tentang posisi RTM."


Tambah Suhaimi lagi, situasi yang melibatkan Ustaz Don daripada mengendalikan program Salam Baitullah terbitan stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu tidak menganggu kelangsungan program tersebut.


"Ketiadaan Ustaz Don pun tidak mengganggu kelancaran program dan tetap berjalan dengan lancar.

"Setakat ini tiada sebarang isu penaja menarik diri dan sebagainya. Semuanya okay."


Sebelum ini, tular di aplikasi X hantaran yang mendakwa kisah Nabi Muhammad SAW yang diceritakan oleh Ustaz Don adalah tidak sahih. Susulan itu, muncul pelbagai perdebatan di media sosial hingga Don terpaksa direhatkan daripada menjadi hos.


SUMBER : Kosmo/Beautifulnara
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2024 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Errr....kenapa rambut Datuk Suhaimi style macam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Lama gak SS dengan rtm. Dulu dgn bernama dan sarawak tv sekejap je.


Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2024 02:50 PM | Show all posts
makin tua makin nampak kelempok ponen Tok SS ni...hihi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-7-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.959445 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list