CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11901|Reply: 5

[Tempatan] ‘Malaysia Adalah Pesaing Yang Menakutkan’ – TV Thailand

[Copy link]
Post time 16-10-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 16-10-2024 03:51 PM

October 16, 2024 - 7:56 AM
Hizam Jaafar



Rupanya tidak hanya menjadi bualan di Indonesia, kini negara jiran iaitu Thailand turut mula mengintai prestasi Malaysia yang digambarkan sangat mampan dan hebat pada ketika ini.

Menerusi satu perkongsian video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok, dapat dilihat pengacara dari sebuah stesen televisyen Thailand mengupas lanjut berkenaan prestasi pelaburan di Malaysia yang luar biasa dan lebih kompetitif berbanding negaranya.


“Sebagai contoh, di Thailand kita cuba untuk menjadi sebegitu tetapi jika melihat kepada pesaing kita di dalam bidang menarik pelaburan dari luar negara , Malaysia boleh dikira sebagai pesaing yang menakutkan,” ujarnya.


Malah, mereka juga berhasrat jika negara Thailand mampu menarik pelabur asing untuk melabur di dalam negara sekaligus menyumbang kepada aliran dan pertukaran wang yang positif seperti negara Malaysia.

Mana tidaknya, Malaysia berjaya mengikat sejumlah pelaburan puluhan bilion ringgit dari syarikat teknologi gergasi terutamanya di dalam industri kecerdasan buatan dan pusat data berteknologi canggih di sini.


Dalam pada itu, mereka turut membandingkan jumlah dana pelaburan yang diterima antara negara Malaysia dan Thailand.

Secara puratanya, Malaysia dilihat memiliki pelaburan yang besar berbanding negara Thailand di mana syarikat terkemuka seperti Google, AWS dan Microsoft memperlihatkan pelaburan sekitar RM1.7 billion hingga  RM43 billion sementara di Thailand hanya berjumlah RM1.4 billion  sehingga RM25 billion.





Selain menjadi hub kecerdasan buatan di sini, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam membekalkan cip semikonduktor kepada syarikat gergasi yang berpengkalan di dua kuasa dunia iaitu Amerika Syarikat dan juga China.



Perkongsian video ini telah menjadi perhatian netizen tempatan dan rata-ratanya gembira mendengar prestasi Malaysia yang kian melonjak terutamanya dalam mendapatkan pelaburan besar dari luar negara.- thevocket.com


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2024 04:01 PM | Show all posts
masa Yidin ada tak saluran TV luar negara buat analisa sebegini?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
WALAUN tak nak tau semua tu..dorg nak beras tempatan dgn kwsp jer..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Yelah tu ahha
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Thailand ni dia jual rakyat cikki2 utk dapatkan dana asing
apoo
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2024 09:12 PM | Show all posts
Thailand dah dominate satu sektor yang Malaysia tak akan boleh compete. Fokus kat situ cukuplah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-10-2024 09:32 PM GMT+8 , Processed in 0.054114 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list