Edited by maklukpenggoda at 16-10-2024 11:17 AM
JEMPOL: Seorang lelaki etnik Rohingya yang melarikan diri selepas menikam teman wanitanya dalam kejadian di Taman ACBE di Bahau, di sini pada 26 September lalu berjaya ditangkap polis di Pulau Pinang, semalam.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, suspek berusia 38 tahun itu berjaya ditangkap oleh Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan dan Bukit Aman serta Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Jempol kira-kira pukul 1 tengah hari.
Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat esok pagi di Mahkamah Bahau dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita, semalam.
26 September lalu media melaporkan gara-gara mahu pulang ke negara asal, seorang wanita Indonesia berusia 40 tahun parah ditikam teman lelakinya yang etnik Rohingya.
Hasil siasatan mendapati suspek bertindak memukul mangsa dan mengambil sebilah pisau lalu menyerang mangsa dengan punca kejadian disebabkan suspek tidak bersetuju dengan hasrat mangsa hendak pulang ke Indonesia.- UTUSAN.
|