CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12743|Reply: 0

[Johor] APMM selamatkan nelayan sakit dada ketika tangkap ikan

[Copy link]
Post time 29-6-2024 03:26 PM | Show all posts |Read mode


NELAYAN yang diselamatkan APMM kerana sakit dada di 12 batu nautika timur Tanjung Sedili di sini, semalam sedang menerima rawatan. FOTO Ihsan APMM

Kota Tinggi : Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan seorang nelayan tempatan yang dilaporkan mengalami sakit dada di kedudukan 12 batu nautika timur Tanjung Sedili di sini, semalam.

Awak-awak Vesel Nelayan Tempatan (VNT) Kelas C itu berdepan detik cemas ketika berada di laut pada 9.40 pagi.

Pemangku Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, mangsa, Shamsul Ma'arif, 37, terdahulu menghubungi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru dan memohon bantuan kecemasan.


"Bot ronda Maritim Malaysia PETIR 12 diarahkan ke lokasi mangsa sejurus menerima laporan dan tiba di lokasi jam 12.50 tengah hari.

"Mangsa kemudian dibawa ke Jeti Zon Maritim Tanjung Sedili sebelum dihantar ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun mangsa dibenarkan pulang selepas selesai menjalani pemeriksaan kesihatan jam 3.40 petang.

"Mangsa dinasihatkan berehat daripada melakukan kerja-kerja berat," katanya.

Pada masa sama, Mohd Najib mengingatkan supaya komuniti maritim yang berdepan detik cemas atau melihat sebarang kecemasan di laut, segera melaporkan ke talian MERS 999 atau MRSC Johor Bahru di talian 07-2219231.


Disiarkan pada: Jun 29, 2024 @ 10:02am



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 05:41 PM GMT+8 , Processed in 0.543368 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list