View: 23317|Reply: 15
|
Kuasa Agong Beri Pengampunan Tidak Mutlak Selepas Pindaan Perlembagaan 1994, Badan Peguam Bukan Cabar Kuasa Agong
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu pindaan kepada kepada Perlembagaan Persekutuan pada tahun 1994 menghapuskan budi bicara mutlak Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan.
Peguam Zainur Zakaria yang mewakili Badan Peguam dalam hujahannya, berkata sejak 24 Jun 1994, Perkara 40(1A) jelas menyatakan bahawa semua kuasa Yang di-Pertuan Agong (termasuk kuasa memberikan pengampunan) mesti dilaksanakan "mengikut" nasihat orang atau sekumpulan orang yang sesuai.
Beliau berkata, peruntukan itu menetapkan Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak atas nasihat dalam menjalankan fungsinya di bawah perlembagaan.
Katanya, sebelum pindaan, Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara mutlak untuk menerima atau menolak pengampunan.
"erkara 40(1A) menghapuskan sebarang budi bicara peribadi, dalam pemberian pengampunan.
"Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.
"Kepentingannya ialah, Perkara 40(1A) meletakkan tanpa keraguan bahawa kuasa untuk memberikan pengampunan, di bawah perlembagaan, bukan 'prerogatif', kerana prerogatif hanya boleh wujud jika wujudnya budi bicara peribadi," katanya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu berkata demikian dalam hujahan permohonan Badan Peguam untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan prosiding semakan kehakiman mencabar pengurangan hukuman penjara dan denda terhadap Datuk Seri Najib Razak.
Badan Peguam bukan cabar kuasa Agong
Dalam hujahannya, Zainur juga menjelaskan bahawa Badan Peguam tidak mencabar kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan tetapi hanya proses membuat keputusan oleh Lembaga Pengampunan.
Pada prosiding itu, Mahkamah Tinggi membenarkan peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhujah dalam permohonan kebenaran itu yang sepatutnya dibuat secara ex-parte (sebelah pihak), selepas memutuskan ia adalah kes kepentingan awam.
Hakim Datuk Ahmad Kamal bin Md Shahid kemudian memberikan masa kepada semua pihak memfailkan hujahan masing-masing dan menangguhkan prosiding kepada 18 September ini.
Pada 2 Februari lalu, Urusetia Lembaga Pengampunan mengumumkan Najib diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang dijalaninya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, dengan denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Susulan itu, pada 26 April lalu, Badan Peguam memfailkan permohonan kebenaran itu dengan menamakan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, serta Najib sebagai responden pertama dan kedua.
Badan itu juga memohon injunksi kekal menghalang bekas perdana menteri atau wakilnya daripada mengemukakan sebarang permohonan untuk pengampunan, tunda hukum atau lega hukum kepada Lembaga Pengampunan.
Turut dipohon, perintah larangan terhadap Lembaga Pengampunan untuk menerima, mempertimbangkan atau menentukan sebarang permohonan daripada Najib bagi pengampunan, tunda hukum atau lega hukum.
Permohonan injunksi dan perintah larangan itu adalah sehingga atau melainkan semua pendakwaan jenayah atau pertuduhan terhadap Najib selesai; Najib secara terbuka mengambil tanggungjawab atas tindakannya yang beliau telah disabitkan; dan beliau menyatakan keinsafan dan penyesalan atas tindakan berkenaan.
Sumber : Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
ok... PMX kena msk jail semula la sbb pengampunan oleh YDPA pd thn 2018 tak valid |
|
|
|
|
|
|
|
inilah yg wak jahid mahukan....
hahahahar
|
|
|
|
|
|
|
|
tiber part bossku byk pulak alasan dan bunyi. semasa butter tkda pulak bingit mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Raja, Sultan & Agong dibonekakan saka tua. |
|
|
|
|
|
|
|
hAHAHAH.. ini semua politik tahik |
|
|
|
|
|
|
|
CoffeeOverdose replied at 3-7-2024 01:15 AM
tiber part bossku byk pulak alasan dan bunyi. semasa butter tkda pulak bingit mcm ni.
Busut busut french butter pun dah merengkuk lebih 10tahun jugak dlm cell...ini si kimak jibun belum sepertiga pun term served, burit dah menggatal nak keluar atau jalani tahanan dlm rumah?
Ptuiiiiii
Kahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Bila tengok keadaan sekarang, rasanya ramai yg berterima kasih dgn atuk. Dia memang pandai membaca 'masa depan'. |
|
|
|
|
|
|
|
Nuar penakot.. kalau najib keluar die jatuh... Bodoh lah nuar.. kalau die lepaskan najib, org lg ramai sokong die padahal .. penakot nk mampos .. naik nuar, cine2 kt malaysia ni naik tocang mcm xsbr sgt2 nak mencinakan malaysia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
None68: Raja, Sultan & Agong dibonekakan saka tua.
mcm bodoh je. 9 orang lawan 1 . tapi nak lantik 1 orang tu kena perkenan 1 dalam 9 org
|
|
|
|
|
|
|
|
ustaz don pun dah cakap awal2 9 tahun lepas.
ustaz don bimbang anwar jadi macam Polpot.
Khmer Rough tu zaman PolPot ni la.
|
|
|
|
|
|
|
|
aint replied at 3-7-2024 12:04 AM
ok... PMX kena msk jail semula la sbb pengampunan oleh YDPA pd thn 2018 tak valid
Yg ni iols setuju sgt2.... |
|
|
|
|
|
|
|
kira kes liwat anwar tu betul la ya ?
sebab semenjak dia jadi PM takde pulak gi carik orang
yang sumbat dia dalam penjara.
|
|
|
|
|
|
|
|
stingerbumpy replied at 3-7-2024 08:11 AM
Busut busut french butter pun dah merengkuk lebih 10tahun jugak dlm cell...ini si kimak jibun belu ...
Tahan dlm umah tu kira mcm WFH la kan? Blh la berjimbarama dgn kak mah, lain la kena pasung dalam toilet ka store barang2 dapur ka.... kunci plk warden jel yg pegang |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 3-7-2024 07:19 PM
Tahan dlm umah tu kira mcm WFH la kan? Blh la berjimbarama dgn kak mah, lain la kena pasung dalam ...
Siap boleh mencrit bagi kakmah preggy lagi .
Muka tak tahu malu.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|