View: 7659|Reply: 29
|
Kajian: Kualiti Jalan Raya Di Malaysia Diperakui Antara Yang Terbaik Di Dunia, Kedua Terbaik Di Rantau Asia Tenggara
[Copy link]
|
|
Kajian oleh The Global Economy merumuskan bahawa kualiti jalan raya di Malaysia merupakan antara yang terbaik di Asia.
Kajian yang bersumberkan data dari World Economic Forum (WEF) menunjukkan negara kita memperoleh skor agrerat 5.3, meletakkan Malaysia di kedudukan ke-21 daripada 144 negara dan ke-9 terbaik di Asia.
Keputusan kajian tersebut mendapati, secara global, negara dengan kualiti jalan raya terbaik adalah negara jiran, Singapura dengan skor 6.5 dan diikuti oleh Belanda dan Switzerland masing-masing di tempat kedua dan ketiga.
Sementara itu, tujuh lagi negara yang berada di dalam senarai 10 teratas adalah Hong Kong, Jepun, Austria, Portugal, UAE, Korea Selatan, dan Oman.
Di Asia Tenggara, hanya Singapura yang mengatasi Malaysia, menjadikan negara kita berada di kedudukan kedua terbaik dalam rantau ini.
Dalam pada itu, Myanmar dan Timor-Leste tidak termasuk dalam kajian ini akibat kekurangan data yang diperlukan untuk mendapatkan skor terbabit.
Menurut The Global Economy, penunjuk kualiti jalan raya adalah salah satu komponen dalam Indeks Daya Saing Global tahunan WEF.
Skor tersebut adalah hasil daripada jawapan individu (responden) yang diajukan satu soalan iaitu diminta menilai jalan raya di negara mereka pada skala dari 1 (kurang maju) hingga 7 (luas dan efisien mengikut piawaian antarabangsa).
Bagaimanapun, keputusan ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan pada tahun 2019 dan setakat ini masih tiada kajian terbaru dibuat dalam tempoh lima tahun lepas.
SUMBER : VOCKET/Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
jalan kat klang valley ni teruk sgt. takde maintenance.
|
|
|
|
|
|
|
|
interconnectivity kita mmg among the best.. tp cuma masalah potholes tu esp dkt selangor dgn johor, sbb banyak lori kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kawasan lori berat-berat lalu - minggu ni turap minggu depan berlubang balik
huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
KL-Kota Bharu masih belum ada highway |
|
|
|
|
|
|
|
Singapore, HK tu buat kategori lain la mangkuk. |
|
|
|
|
|
|
|
Kualiti jalan kat lebuhraya kat malaysia ni memang tip top sebab dipantau kerajaan (lembaga lebuhraya malaysia). Tapi jalan under kerajaan sendiri teruk (under JKR, majlis etc). Dengan pothole nya, dengan takde road marking nya. Especially kat selangor laaaa...
Haritu baru tukar empat2 tayar kereta, malamnya terciduk terlanggar lubang dalam. Kalau motor lalu memang dah aruah dah penunggangnya agaknya. Geram betul. Rasanya masa zaman era Dato' Samy tak berani diaorang nak biarkan lubang tu tak tertampal lama2. Memang masa tu JKR function betul. |
|
|
|
|
|
|
|
Cip lando zawawi terjegil sinis |
|
|
|
|
|
|
|
biar betik ranking ni???!!!! punya teruk jalan berlubang sana sini sampai eksiden pun dikira terbaik meh??? |
|
|
|
|
|
|
|
yoppoy replied at 5-7-2024 12:50 PM
Cip lando zawawi terjegil sinis
I ada soft spot kat Cip ni bab dia patch potholes. Memang habis baik geng dia bagi. Tapi tu la...kontrak patch potholes jalan bawah selenggaraan JkR negeri n municipal ni, bila dapat kat kroni..disub 3 4 lapis, premix cap ayam la dapat. Paling tak boleh brain patch potholes dengan tok nenek air bertakung kat dalam potholes. Apo... |
|
|
|
|
|
|
|
Kajian tu dibuat di ibu kota Malaysia je kot |
|
|
|
|
|
|
|
Yg terkinja2 doubtful sgt dgn ranking ni pernah ke drive kat negara2 lain?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 5-7-2024 08:40 PM
Untungla malaysia sampai ke kubur hujung kampung jalan berturap taw |
|
|
|
|
|
|
|
rossa_queen replied at 5-7-2024 10:18 AM
Kualiti jalan kat lebuhraya kat malaysia ni memang tip top sebab dipantau kerajaan (lembaga lebuhray ...
Tengok daerah la kot. Macam kaw rumah i ni pothole tak sempat complain they all dah tampal. Tapi tula tampal harini bulan depan lubang balik. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dapat nak bayangkan kalau kita ke2 terbaik yg belakang2 tu mcm mana. Tempat aiol ni lubangnya dah mengalahkan kawah gunung berapi dlmnya sana sini sinun |
|
|
|
|
|
|
|
Potholes kalau ditampal ciput2 ikut saiz yg ada mmg jab jer bertahannya. Apsal diarg tak baiki luas sikit |
|
|
|
|
|
|
|
wow kedua terbaik di asia t |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu nmpk indon dok kagum jln kampung di malasia ada aspal.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|