View: 45571|Reply: 291
|
[Tempatan]
Dua beradik kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
[Copy link]
|
|
Dua beradik kritikal termakan makanan ringan ada racun tikus
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... gan-ada-racun-tikus
Zuliaty Zulkiffli
[email protected]
Disiarkan pada: Julai 8, 2024 @ 11:48am
Bungkusan makanan ringan yang digantung dawai besi pagar yang mengandungi racun tikus bagi tujuan untuk perangkap monyet yang dimakan dua beradik berusia dua dan tiga tahun. FOTO IHSAN PDRM
Kulim: Dua beradik lelaki berusia dua dan tiga tahun dilaporkan kritikal selepas makan makanan ringan berupa keropok yang mengandungi racun tikus di Kampung Padang Ubi, Labu Besar, di sini semalam.
Difahamkan lokasi kejadian terletak berhampiran rumah kedua beradik itu di Kampung Banggol Berangan, Labu Besar, di sini.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi berkata, kejadian itu disedari ibu mangsa yang berusia 25 tahun pada jam 11 pagi di rumah sebelum membawa kedua-dua anaknya ke Klinik Kesihatan Malau dan Hospital Kulim (HK) untuk rawatan lanjut.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati, dua beradik itu dipercayai mengambil paket keropok segera yang tergantung di dawai besi pagar yang mengandungi racun bagi tujuan untuk perangkap monyet.
Katanya, kebun itu dipercayai milik penduduk berhampiran rumah dua beradik itu.
"Kedua-dua mangsa dipercayai membuka dan makan makanan ringan itu.
"Tidak lama kemudian ibu mangsa kemudian mendapati anak-anaknya muntah dan mulut berbuih pada jam 11 pagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Azizul berkata, hasil pemeriksaan pegawai perubatan HK mendapati kedua-dua beradik itu berada dalam keadaan kritikal.
Beliau berkata, mereka kemudahan dibawa ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta 611 berkaitan pengabaian terhadap kanak-Kanak dan Seksyen 284 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis sedang mengesan suspek yang disyaki jiran mangsa untuk membantu siasatan," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah |
|
|
|
|
|
|
|
Gantungla kat pokok tempat tinggi sikit. Letak dlm bungkus lain.
On the other hand. 2 beradik umur 2,3 tahun keluar rumah without adult supervision. Jauh pulak tu merayau |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Momohizan at 8-7-2024 12:42 PM
Orang yang plan meracun ni, padan muka kau. IO, tolong tapau sekali Akta Kebajikan Haiwan. Nak racun2 monyet dah teracun anak manusia. Ke memang aim anak nak racun anak jiran huk huk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 8-7-2024 12:45 PM
Mak pak tak perati anak umur 2,3 tahun merayau keluar rumah??
Ini bukan takat termakan racun tikus..
Hancur terbarai kena lenyek kereta pun possible sbb mak pak reti beranak je tp tak reti jaga anak
Kalo family aku... bukan takat melangkah kuar pagar.. melangkah kuar pintu rumah pun adult mesti perati and panggil anak2 masuk balik |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 8-7-2024 01:04 PM
Budak x brapa tinggi boleh jolok mknn, mak pak x mampu sediakan mknn sampai budak2 makan pokok hiasan dan makanan kucing, sambil mak pak tayang kereta dan gelang emas, umur 2-3 x mampu bagi makanan apa lagi umur 5-18 |
|
|
|
|
|
|
|
Siannya.. semoga selamat anak tu..dakwa sekali mak pak tu cm mak pak zyan Rayyan.. cuai jaga anak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kancilkering at 8-7-2024 06:31 PM
they basically toddlers….WTF LE parents…
macam parents yg bdk bdk basıkal lajak mati kena langgar kul 2pagi
|
|
|
|
|
|
|
|
:Allahu semoga selamatlah hendaknya, macam manalah budak 2&3y boleh merayau keluar rumah sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
I think its not fair tuan punya kebun jadi suspek. Mak bapak lah salah |
|
|
|
|
|
|
|
Rendah sgt gantung ke? Budak2 tu pun kecik2 berkeliaran mcm tu |
|
|
|
|
|
|
|
gantung la tinggi kot ye pun
tak pasal2 dah jd mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Umur 2-3 tahun dah dibiarkan keluar merayau sendiri?
Patutlah mak bapak seronok kalaubanak dorang cepat jalan,boleh dilepas bebas |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 8-7-2024 12:43 PM
Mak pak tak perati anak umur 2,3 tahun merayau keluar rumah??
Ini bukan takat termakan racun tikus ...
area kampung biasa la
kaka ni mesti tak pernah duk kampung |
|
|
|
|
|
|
|
Jitu replied at 8-7-2024 07:04 PM
area kampung biasa la
kaka ni mesti tak pernah duk kampung
I asal kampung lah.. asal dulu2 80an siap kitorg B40 lagi upbringing kitorang camtu kot.. mesti ada adult perati...
And now dah tua2 ni i frequently balik kg.... mmg pantau anak i & anak2 sedara all the time mata adult mesti ada perati diorg..
Kalo masa kitorang adults WFH kat kampung.. kami minta maid or staff2 perati budak2 kalo diorng nak main kat halaman or kolam..
Mesti ada sorang adult pantau... |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la malang tak berbau.Dlm dok beringat pun boleh jadi perkara yg tak terjangkau dek akal. Mulut tu tak payah la cepat nk menghukum. Mcm la kita ni sempurna sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
pelik la parents x pantau, pastu nape la guna bungkusan mknn ringan haih |
|
|
|
|
|
|
|
Nak tau juga how far kebun tu dari perumahan org kampung.
Haih benda nak jadi. Racun tu letak dlm packaging asal agaknya. Kalau dah gitu patut kena out of reach betul2. Teenagers yg lagi tinggi pun akan makan kot kalau terjumpa.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|