[Tempatan]
Ada pramugari dan pramugara terpaksa berkongsi bilik, termasuk ‘tidur’ bersama juruterbang..Video klip “Darkside Pramugari” cemarkan imej kru kabin – NUFAM.Akan buat laporan pulis
KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Anak Kapal Penerbangan Malaysia (NUFAM) memandang serius pendedahan seorang wanita menerusi satu video klip YouTube berjudul “Darkside Pramugari” yang memberi satu gambaran negatif terhadap kerjaya seorang pramugari tanpa sebarang bukti kukuh.
Sekretariat NUFAM berkata, ia kerana, kenyataan wanita tersebut telah memberi kesan negatif kepada pekerja kru kabin serta menguris perasaan mereka secara menyeluruh.
“Sama ada wanita itu adalah seorang bekas pramugari atau tidak, ia tidak boleh dipastikan kerana wajahnya telah sengaja dikaburkan di dalam klip tersebut.
“Benar atau tidak cerita dia, namun kenyataan dan gambaran yang diberikan oleh wanita tersebut telah memberi impak negatif terhadap golongan pekerja kru kabin wanita dan industri penerbangan negara kita,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Lantaran itu, NUFAM akan membuat laporan polis terhadap penerbit dan juga pihak yang terbabit dalam produksi video tersebut, selain mengambil tindakan sivil terhadap mereka.
Rakaman video itu memaparkan seorang wanita bernama Kathy yang berasal dari Banting, Selangor dan bekerja sebagai seorang pramugari sejak tiga tahun lalu.
Wanita itu mendakwa, kerjaya seorang pramugari menyeronokkan kerana itu impiannya tetapi paling ditakuti kerana berdepan dengan gangguan seksual.
Tambahnya, seorang pramugari dilihat sebagai ‘objek’ seksual menyebabkan mereka selalu berhati-hati apabila berdepan dengan penumpang yang tidak bertamdun.
Dalam rakaman itu, dia berkata, keseronokan seorang pramugari apabila berpeluang bertugas ke luar negara.
Namun, dedahnya, apabila berada di sana, ada pramugari dan pramugara terpaksa berkongsi bilik, termasuk ‘tidur’ bersama juruterbang dan perkara itu dinormalisasikan oleh petugas-petugas penerbangan.
Mengulas lanjut, NUFAM menyifatkan video klip berkenaan sebagai ‘buli siber’ kerana terbukti mencemarkan integriti, maruah dan imej pramugari.
Ia terbukti apabila video ini telah mendapat kecaman oleh ramai pihak terutama mereka yang bekerja dalam industri penerbangan. – MalaysiaGazette
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
Post time 13-7-2024 11:35 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Well, NUFAM nafikan lah.
Baru boleh amik tindakan undang-undang.
Tak nafi pun.
Tetibe nak amik tindakan undang-undang.
Benda ni open secret lah.
Kalau perasan dalam podcast sorang bekas cabin crew terpaling senior crew terpaling senior artis tu, ramai dah ex crew yg penah indirectly mentioned pasal benda ni lah.
Ada yg he ol air kan.
Ada yg he ol censored kan.
Takyah beria NUFAM.
Baik kau fight untuk cabin crew punya basic salary increament ke, allowance ke, uniform ke, roster ke, or yg paling parah perangai senior crew yg macam hanat suka taruh junior sampai juniors malu besar dpn pax, or worse ada yg kena anxiety.
ni skandal boleh berlaku dimana-mana bukan pramugari sahaja. mcmlah rahsia sgt. 90an dah keluar 'pramugara terlampau'. tu belum pengakuan dmedia sosial.. tak ada luarbiasanya pendedahan ini...
perkara ni boleh elak klu seorang tu tak nak... boleh kata tidak. .. dan tidak semua terlibat, yg terlibat ada tp bila kena hightlight jd lah gempak
rupanya dlm video tu ada bahagian iklan wajib tengok dr penaja, ni mesti nak duit maka juallah konten sex murahan... konten paling ramai peminat dimalaysia, cerita secara umum pramugari terlibat sex bebas pun dah gempak padahal ianya berlaku dimana-mana
kalo nak kata berskandal tu dalam mana2 kerjaya pown boleh.. not only airline industry..
tp yg die nak kata pramugari dan pramugara terpaksa berkongsi bilik tu maksud die airlines x mampu bayar bilik hotel untuk crew ke ape? kalo itulah maksudnya, mmg bohongla, sbb yg aku taw tiap airline kat malaysia ni mmg tiap crew dapat 1 bilik seorang.. even crew same jantina pown x kongsi bilik, melainkan kalo dorg sendiri yg nak kongsi sbb takut hantu ke aper..