CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 44575|Reply: 0

[Johor] Peniaga pasar malam tak mengaku rogol pelajar OKU hingga hamil

[Copy link]
Post time 14-7-2024 04:00 PM | Show all posts |Read mode


KHIN Tai dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas tidak dibenarkan ikat jamin kerana merogol dan cabul pelajar OKU hingga hamil. FOTO Alias Abd Rani

Muar: "Saya nak mengaku ke? Saya nak lawanlah," itu reaksi peniaga pasar malam ketika ditanya sama ada mengaku bersalah atau sebaliknya di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap 11 pertuduhan merogol pelajar orang kurang upaya (OKU) hingga hamil serta amang seksual sejak Mac lalu.

Tertuduh Lim Khin Tai, 47, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal dan merogol mangsa berusia 14 tahun dalam bilik sebuah rumah di bandar ini pada 8 pagi, 8 Mac lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan.

Pertuduhan ketiga hingga kelima pula, tertuduh didakwa melakukan perkara sama terhadap mangsa dalam kejadian pada 8 pagi, 5 April lalu.

Untuk pertuduhan keenam hingga ke-11, dia didakwa mengulangi perbuatan itu antara 19 April hingga 25 Mei lalu, dengan semua kejadian berlaku di waktu serta lokasi sama.

Berdasarkan laporan dibuat, tertuduh adalah rakan baik kepada bapa mangsa sejak 20 tahun lalu dan tinggal bersebelahan.

Kejadian bermula apabila tertuduh dan keluarga mangsa berpindah ke lokasi berasingan dengan lelaki itu kerap bertandang ke rumahnya setiap pagi Jumaat ketika ahli keluarganya keluar bekerja.

Tertuduh memberi alasan mahu melihat ikan peliharaan di rumah mangsa.

Mangsa kemudian berasa pelik kerana tidak datang bulan lalu membuat ujian dan disahkan hamil lima bulan lalu membuat laporan polis pada 7 Julai lalu sebelum tertuduh ditahan pada hari sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin atas beberapa faktor antaranya kebarangkalian mangsa diganggu tertuduh memandangkan mereka mempunyai hubungan rapat.

"Selain itu, faktor kesalahan serius dilakukan tertuduh diambil kira untuk pihak pendakwaan tidak menawarkan ikat jamin memandangkan mangsa seorang pelajar," hujahnya.

Mahkamah kemudian tidak menawarkan ikat jamin serta menetapkan 18 September ini untuk serahan dokumen dan juga lantikan peguam tertuduh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.380247 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list