CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 31506|Reply: 105

[Tempatan] Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Tanya Kim Pan-gon Apa Dia Maksudkan Dengan Bahaya – TMJ

[Copy link]
Post time 16-7-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Tindakan bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan-gon yang enggan mendedahkan sebab utama beliau meletak jawatan dipersoalkan oleh pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim.



Menerusi laman media sosial X, Tunku Ismail turut meminta semua pihak sama ada penyokong, ahli politik dan pihak media untuk meminta Pan-gon menjelaskan mengenai perkataan ‘bahaya’ itu dengan lebih jelas.

Apa susah, pergi tanya dia beramai-ramai apa yang dia maksudkan dengan ‘dangerous’. Penyokong, ahli politik dan pihak media. Tanya dia apa maksud ‘dangerous’. Jelaskan lebih terperinci.

“Takut kena tembak? Takut kena culik? Takut kena sepak? Terus terang. @RimauXI awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja.

“Jadi ini semua lagi satu konspirasi teori yang dicipta?,” tulis Tunku Ismail.

Dalam sidang media yang dijalankan di Wisma FAM baru-baru ini, Pan-gon menegaskan beliau sudah menceritakan semua kepada Datuk Hamidin Mohd Amin tetapi ‘amat bahaya’ untuk berkongsi butiran tersebut kepada orang ramai.

“Butiran lanjut mengenai keputusan ini tidak boleh saya kongsikan di sini. Sangat bahaya. Datuk Hamidin tahu semuanya tetapi tak perlu tanya dia lagi.

“Tak perlu tanya soalan itu di sini. Semua sudah selesai,” katanya.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kim Pan-gon menegaskan beliau meletak jawatan kerana alasan peribadi.

“Hari ini, saya telah memutuskan untuk berundur sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Malaysia kerana komitmen peribadi saya. Saya memohon maaf atas sebarang kekecewaan yang mungkin ditimbulkan kepada semua pihak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sabar nk tgk pertabalan hujung minggu ni.


Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 12:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau aihh nak cakap apa .. erm kan je la..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Entah la..  
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Better berak kat umh sdiri la dari berak  ataih simen tanpa berpintu
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 05:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada pendapat saya lah, ini hanya sekadar pendapat jer.. Pendapat yang saya bagi ini bukanlah pendapat yang terbaik, mungkin ada pendapat yang lebih baik, saya hanya sekadar memberi pendapat jer.. Macam ni lah.... Mungkin pendapat saya tak sama dengan pendapat orang lain atau tidak sependapat. Tetapi saya berharap pendapat saya boleh diterima.. Walau ini baru pertama kali saya memberi pendapat dan minta maaf kalau saya salah bagi pendapat.. Disini saya ingin memberi pendapat, Pendapat ni bukan memaksa tapi sekadar pendapat sahaja untuk umum. Dan kalau ada yang tersilap dan kasar ke tentang pendapat saya,saya minta maaf dan itu sahaja yang mampu berikan pendapat saya....Begini lah saya punya pendapat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2024 05:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah dia pilih untuk letak jawatan,dengar berita kt tv tadi terkejut gak sebab kpg terus letak jawatan berkuatkuasa serta merta tapi bila baca statement tmj ni terus faham kenapa,malas nk cakap banyak
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 05:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa ckp mcm tu? Kita yg baca pun seram
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
macam bodo..pasal bola sepak sendu kt malaysia ni pun nak bergaduh bunuh bagai
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Asal ada je kes melibatkan sukan negara, dia sorang ni je yg beriya terloncat2.
Awat nya...makan cili kah ?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
n3ar replied at 17-7-2024 07:52 AM
macam bodo..pasal bola sepak sendu kt malaysia ni pun nak bergaduh bunuh bagai

Da ada org kena simbah asid. Kalo bunuh Mati terus tutup buku. Ni kalo cacat agak menderita jgk hidup selepas tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 08:08 AM | Show all posts
sapa pon jadi jurulatih bola sepak malaysia tetap level estet jua
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 08:09 AM | Show all posts
besar dan jauhnya perancangan 'mereka' ni. mereka menyerang dari pelbagai sudut.  kita dah boleh nampak trajectory tu.  mereka cuba potraykan betapa jahatnya orang2 dalam Institusi Raja.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols nak comment. Alamakkk tapi baru teringat, dah book PT session laaa.
Takut kalau comment, kena cancel PT session tu nnti. Takpe lah, meols hmmm kan ajelah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 08:45 AM | Show all posts
sampah bola sepak malaysia makin byk....
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 08:57 AM | Show all posts
Madel replied at 17-7-2024 07:58 AM
Asal ada je kes melibatkan sukan negara, dia sorang ni je yg beriya terloncat2.
Awat nya...makan cil ...

lebih spesifik, hanya sukan yang melibatkan bola sepak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
malas nak komen apa apa. i makan sedap harini, rumah pun serba selesa.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
zorrro_03 replied at 17-7-2024 08:09 AM
besar dan jauhnya perancangan 'mereka' ni. mereka menyerang dari pelbagai sudut.  kita dah boleh nam ...

Xkan Ketua Polis Kuantan pun join sama nk burukkan Istana?......
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
ChildrenOfBodom replied at 17-7-2024 08:08 AM
sapa pon jadi jurulatih bola sepak malaysia tetap level estet jua

Selagi xder player kita yg pergi jadi import di liga2 utama Asia lain, level kita mmg takat AFF Suzuki jer lah.......
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 10:58 AM | Show all posts
Tiberrrrrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Meninggal ketika dilahirkan : Bayi sulung Marissa + Aslam
sapekaMeninggal ketika dilahirkan : Bayi sulun
Views : 71247 Replies : 330
Berita malam seram:Amaran awal KL didakwa kurang selamat, isu 'giant sinkhole' dibangkitkan sejak 2015.40 hingga 60 peratus dasar Kuala Lumpur adalah batu kapur
YgBenarBerita malam seram:Amaran awal KL didakw
Views : 33126 Replies : 25
Pramugari orang asli pertama Malaysia Airlines
AbahmungPramugari orang asli pertama Malaysia Ai
Views : 85600 Replies : 26
Tanah Mendap kat Masjid India
Claudia_LestatTanah Mendap kat Masjid India
Views : 51399 Replies : 291
Debik’ (pukul) PA (pukul pembantu peribadi)? Biar betul? Aku di rumah dengan anak -Uqasha Senrose  sahaja
YgBenarDebik’ (pukul) PA (pukul pembantu perib
Views : 44063 Replies : 100
Gangguan servis MAS, Firefly & Amal sehingga Disember, pelanggan diminta hubungi khidmat pelanggan
maklukpenggodaGangguan servis MAS, Firefly & Amal sehi
Views : 33082 Replies : 6
Selamat jalan, Norza
maklukpenggodaSelamat jalan, Norza
Views : 38446 Replies : 6
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 32927 Replies : 208
Koleksi Foto : Bunga v2
tariKoleksi Foto : Bunga v2
Views : 123867 Replies : 1701
Dato’ Haji Azmir..Anak Tempatan Jadi Bos Rangkaian Restoran  McDonald’s Di Malaysia,100% milik orang Islam.
YgBenarDato’ Haji Azmir..Anak Tempatan Jadi Bo
Views : 51582 Replies : 47

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-8-2024 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.487683 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list