View: 36547|Reply: 58
|
[Jenayah]
Lelaki pukul, rogol warga emas ketika nazak terlepas hukuman mati
[Copy link]
|
|
Edited by antikorok at 17-7-2024 06:47 PM
NASIONAL
Lelaki pukul, rogol warga emas ketika nazak terlepas hukuman mati
Oleh Wartawan MalaysiaGazette - 17 July 2024
Zulkiple terlepas hukuman gantung atas kesalahan membunuh kekasihnya dan digantikan dengan 38 tahun penjara dan 12 sebatan di Mahkamah Persekutuan yang bersidang di Johor Bahru hari ini.
JOHOR BAHRU – Mahkamah Persekutuan yang bersidang, di sini, hari ini mengetepikan hukuman gantung terhadap seorang lelaki yang memukul seorang wanita warga emas menggunakan kayu besbol dan merogolnya ketika nazak sebelum dibiarkan mati.
Mahkamah Persekutuan mengetepikan hukuman terhadap Zulkiple Mohamad, 45, dan menggantikan dengan hukuman penjara 38 tahun dan 12 sebatan.
Hukuman itu diperintahkan panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.
Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee berkata, Zulkiple telah memasuki kediaman mangsa melalui siling sebelum memukul bahagian kepalanya menggunakan sebatang kayu besbol.
“Ketika mangsa sedang nyawa-nyawa ikan, pemohon telah merogol mangsa dengan kesan kecederaan di bahagian kemaluan mangsa mendapati kejadian itu berlaku sebelum mangsa mati,” katanya.
Sementara itu, peguam Zulkiple iaitu Mohd Radzi Yatiman berkata, Zulkiple tidak berniat untuk membunuh mangsa ketika memasuki kediaman itu.
“Kayu besbol yang digunakan bukan dibawa olehnya, sebaliknya ditemukan di kediaman mangsa membuktikan dia tidak berniat untuk membunuh mangsa daripada awal.
“Selain itu, dia juga telah memberi kerjasama penuh sepanjang perbicaraan kes ini berlangsung. Pemohon telah insaf dan menyertai pelbagai kursus sepanjang dipenjarakan,” katanya.
Barisan panel tiga hakim itu kemudian bersetuju menggantikan hukuman mati yang dijatuhkan terhadap pemohon sebelum ini kepada penjara dan sebatan bermula tarikh tangkap iaitu pada 21 Jun 2014. – MalaysiaGazette
https://malaysiagazette.com/2024 ... lepas-hukuman-mati/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by antikorok at 17-7-2024 06:46 PM
KES
Lelaki rogol, pukul hingga mati warga emas terlepas hukuman mati
Oleh Izz Laily Hussein
[email protected]
Julai 17, 2024 @ 4:55pm
Zulkiple Mohamad (kanan) yang didapati bersalah membunuh dengan cara memukul seorang wanita warga emas berusia 75 tahun menggunakan kayu besbol sebelum merogolnya, terlepas hukuman gantung sampai mati di Johor Bahru, hari ini. - Foto NSTP/Izz Laily Hussein.
JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang didapati bersalah membunuh dengan cara memukul seorang wanita warga emas berusia 75 tahun menggunakan kayu besbol sebelum merogolnya, terlepas hukuman gantung sampai mati.
Zulkiple Mohamad, 45, berjaya mengenepikan hukuman itu selepas Mahkamah Persekutuan yang bersidang di sini, hari ini, sebulat suara membuat keputusan menggantikan hukuman dengan penjara selama 38 tahun dan 12 sebatan berkuat kuasa dari dia ditangkap pada 21 Jun 2014.
Keputusan dibuat panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang bersidang bersama Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah.
Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee berhujah, pemohon memasuki kediaman mangsa melalui siling sebelum memukul bahagian kepalanya menggunakan sebatang kayu besbol.
"Ketika mangsa sedang nyawa-nyawa ikan, pemohon telah merogol mangsa yang mana kesan kecederaan di bahagian kemaluan mangsa mendapati kejadian itu berlaku sebelum mangsa mati," hujahnya yang membantah permohonan semakan hukuman gantung itu.
Sementara itu, peguam Mohd Radzi Yatiman yang mewakili Zulkiple pula berhujah, pemohon tidak berniat untuk membunuh mangsa ketika memasuki kediaman itu.
"Kayu besbol yang digunakan bukan dibawa oleh pemohon sebaliknya ditemukan di kediaman mangsa membuktikan dia tidak berniat untuk membunuh mangsa daripada awal.
"Selain itu, pemohon juga telah memberi kerjasama penuh sepanjang perbicaraan kes ini berlangsung. Pemohon telah insaf dan menyertai pelbagai kursus sepanjang dipenjarakan," hujahnya.
https://www.bharian.com.my/berit ... rlepas-hukuman-mati
|
|
|
|
|
|
|
|
nenek tua pun dirogolnyaaa
gila seks ..
|
|
|
|
|
|
|
|
edayildiz replied at 17-7-2024 10:44 AM
nenek tua pun dirogolnyaaa
gila seks ..
Bukan la.
Gila nak kuasa. Jantan pendek hodoh. Cara capai kepuasan diri hanya dengan menganiaya insan lemah. Dia rasa berkuasa habis la tu dapat overpower mangsa, aibkan maruah mangsa, seksa mangsa dan bunuh mangsa.
Sicko. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-7-2024 06:46 PM
Bukan la.
Gila nak kuasa. Jantan pendek hodoh. Cara capai kepuasan diri hanya dengan menganiaya i ...
dah la pendek ueew sgt..semoga dpt penyakit kelamin je la... |
|
|
|
|
|
|
|
Asyik lepas je pembunuh2 lately...buat semak jail n perabih tax payers money tanggung depa... |
|
|
|
|
|
|
|
Sependek manakah dia ni. Udah le buruk pendek jahatnya tuhan je yg tahu. Memalukan keturunan |
|
|
|
|
|
|
|
Berbirat lah bontot ko kena sebat
Harap ko mampos dlm jel
|
|
|
|
|
|
|
|
Kekasih dia ke warga emas tu? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 17-7-2024 06:46 PM
Bukan la.
Gila nak kuasa. Jantan pendek hodoh. Cara capai kepuasan diri hanya dengan menganiaya i ...
Exactly! Itu la dlm kepala aku bila tgk setan tak cukup inci ni |
|
|
|
|
|
|
|
Wah makin ramai pelesit2 ni mintak review hukuman lepas pemansuhan hukuman mati..
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa berita pertama tu ckp bunuh kekasihnya. Reporter gila ke.
Haritu pun sama baca berita direct translation Drawing Room jadi bilik lukisan. Bilik lukisan tok hang. Ot jab. |
|
|
|
|
|
|
|
Btw sekaramg penjara uniform baru ke putih pink ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Samerosie replied at 17-7-2024 08:39 PM
Btw sekaramg penjara uniform baru ke putih pink ni?
Yang ni uniform banduan akhir kaka...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ak igt kat indon rupenya kat sini |
|
|
|
|
|
|
|
another person bakal membazirkan dana negara.
habis gitu laa duit msia dok tggung sampah lama2. baik la gtg je smpai mampus. |
|
|
|
|
|
|
|
Harap jubo kena rodok ngan kayu sepanjang2 kena tahan. Sampai tinggal nyawa ikan dirodok jua. |
|
|
|
|
|
|
|
celaka betol lah org yg sibuk nak mansuhkan hukuman mati mandatori tuh... human rights konon. bangkai2 nih semua dpt hukuman penjara berpuluh2 thn, siapa yg nak tanggung? bapak ngkau org kah? |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu terlepas ni dah ketiga |
|
|
|
|
|
|
| |
|