CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 44878|Reply: 26

Mayat ‘TikToker’ hilang 2 minggu ditemui dikerat-kerat

[Copy link]
Post time 17-7-2024 11:29 PM | Show all posts |Read mode






BANGKOK – Mayat pesohor media sosial China yang  hilang selama hampir dua minggu di Thailand ditemui, manakala seorang suspek warga China telah meninggalkan negara itu, demikian menurut akhbar tempatan seperti laporan saluran berita CNA semalam.


Perkembangan itu berlaku ketika Thailand dan Filipina merekodkan sebilangan kes penculikan yang menggemparkan rakyat kedua-dua negara.


Media tempatan memetik sumber polis Thai sebagai berkata, mayat berkenaan dipercayai ialah personaliti TikTok berumur 38 tahun, Yan Ruimin.


Mangsa diculik semasa melawat Thailand sebagai pelancong.


Ruimin tiba di Thailand dari Malaysia pada 26 Jun lalu. Dia  dilaporkan hilang oleh rakannya pada 12 Julai lepas.


Sebelum ini, Ruimin telah memberitahu tentang rancangannya untuk melawat Phuket di selatan Thailand, awal bulan ini.


Pada Sabtu lalu, pasukan forensik polis menemui mayat reput dan dikerat-kerat dipercayai Ruimin di Chachoengsao, sekitar 50 kilometer ke timur Bangkok.


Sebuah pasukan mencari diketuai oleh timbalan ketua Biro Polis Metropolitan Thai(MPB), Noppasil Poolsawat menemui mayat itu di sebuah kawasan terpencil dekat taman perumahan  Tambon Bang Phra, daerah Muang.




Pasukan penyiasat sedang bekerjasama dengan unit forensik untuk melakukan ujian DNA bagi mengesahkan identiti mangsa, demikian menurut akhbar Bangkok Post.


Polis juga mencari seorang suspek rakyat China dikenali sebagai Ma Qingyan


Lelaki berumur 32 tahun itu memasuki Thailand dari Singapura pada 30 Jun lalu.


Menurut media tempatan, suspek dipercayai bertemu dengan Ruimin pada 1 Julai lepas, hari mangsa dikatakan dibunuh sekitar Soi Sukhumvit 12 di  pusat bandar Bangkok. – AGENSI


Sumber : Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang ni kena bunuh orang yang dikenali.

Pehtu kat tenet dah gaduh netz Siam dengan netz dunia yang kutuk negara deol tak selamat. Har.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-7-2024 11:48 PM
Yang ni kena bunuh orang yang dikenali.

Pehtu kat tenet dah gaduh netz Siam dengan netz dunia yang  ...

Mn chuolz tepek la sini
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Main kerat2 dah sekarang. Teringat kt abby choi. Sadis jgk yg itu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 17-7-2024 03:50 PM
Mn chuolz tepek la sini

Aiol malas nak carik. Kat bahagian komen video Youtube pasal kes ni meka gaduh.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa hubungan suspek dengan mangsa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2024 01:59 AM | Show all posts
..harap tak jadi pada yang tengah holiday ke NZ tu pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-7-2024 11:48 PM
Yang ni kena bunuh orang yang dikenali.

Pehtu kat tenet dah gaduh netz Siam dengan netz dunia yang  ...

Yg bunuh org china juga ye..ingtkn kena bunuh dgn org siam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
asyik ppuan la dibunuh org dikenali.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 03:00 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 17-7-2024 11:48 PM
Yang ni kena bunuh orang yang dikenali.

Pehtu kat tenet dah gaduh netz Siam dengan netz dunia yang  ...

Takziah pd family tiktoker tu. Mcm kes sorang influencer kat china tahun lepas juga kan. Yg tu hubby yg bunuh pakat ngn family join skali

Cuma sorry to say, lega skit happen kat sana. Seminggu 2 ni x larat dah nak dgr kes bunuh2 kat malaysia, mcm musim pulak. Dah la kebanyakkan tu kes pasangan sendiri yg bunuh. Adehhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 04:23 AM | Show all posts
Skandel dgn laki orang juga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 05:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kebanyakan yg mati kene bunuh, mostly memang kene bunuh dgn org yg dikenali. serial killer, organized criminal dgn orang gila je main bunuh strangers.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Silap2 Suspek penjawat awam juga
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat IG ai jumpa 3 kes hilang.
Sorang dah jumpa - lelaki 17 tido rumah kawan. Dah dekat berapa hari rasanya. Kes arwah ,baru mak bapak nak gelabah kot.

Budak pompuan 14 @16 - hilang dah berapa hari tak tau dah jumpa ke belum

Pemandu e hailing - 33 tahun,hilang dari khamis lepas hantar pelanggan ke Teluk Intan. Belum jumpa setakat malam tadi.

Harapnya selamat la 2 org yg belum jumpa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila siap kerat2 dendam ape la tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:12 AM | Show all posts
padah jadi terkenal.........sian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 09:05 AM | Show all posts
giler main kerat2 org. ingt ayam ke wehhh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 10:22 AM | Show all posts
nak kerat ayam pun susah ni kan manusia aiyoo ngerinyaa
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 11:12 AM | Show all posts
nyawa skrg dh x berharga
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Edisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysia 2024
telracsEdisi Khas : Ucapan Selamat Hari Malaysi
Views : 43981 Replies : 98
Ada ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fattah Amin Tak Salah Dan Fazura Yang Didakwa Ada Orang Lain
YgBenarAda ‘Plot Twist’? Individu Dedah Fatta
Views : 125171 Replies : 773
'Saya masih sayangkan Fazura'
maklukpenggoda'Saya masih sayangkan Fazura'
Views : 86576 Replies : 118
Edisi Khas : Salam Maulidurrasul 2024
telracsEdisi Khas : Salam Maulidurrasul 2024
Views : 43974 Replies : 107
Buat 'extend' budaya kito: Wanita Tak Puas Hati Struktur ‘Renovation’ Rumah Dirobohkan, Ini Penjelasan MPS
YgBenarBuat 'extend' budaya kito: Wanit
Views : 46616 Replies : 34
NEELOFA bersyukur dikurniakan suami yang banyak membimbingnya ke arah kebaikan
YgBenarNEELOFA bersyukur dikurniakan suami yang
Views : 4527 Replies : 17
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 46567 Replies : 118
Ye ke terbeban di bawah kerajaan Madani?
pengecattaikYe ke terbeban di bawah kerajaan Madani?
Views : 45713 Replies : 24
JoyahMengayah
Views : 208047 Replies : 300
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 119925 Replies : 3109

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-9-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.055884 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list