View: 26411|Reply: 11
|
Semua MP mesti jalani pemeriksaaan kesihatan sebelum 11 Nov - Johari Abdul
[Copy link]
|
|
Semua ahli diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan selewat-lewatnya 11 Nov ini, kata Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul.
Katanya ahli parlimen yang gagal berbuat demikian akan dipaparkan nama masing-masing pada laman sesawang parlimen.
“Sehubungan itu, tanpa pengecualian, surat mengenai pemeriksaan kesihatan itu telah diedarkan kepada ahli-ahli yang berhormat.
“Pemeriksaan kesihatan itu akan dilaksanakan oleh Klinik Kesihatan Parlimen Malaysia atau di kemudahan swasta,” katanya sebelum memulakan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Johari berkata pemeriksaan kesihatan yang serupa telah diadakan ke atas semua ahli parlimen pada tahun lalu dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya langkah itu sekali lagi dipersetujui KKM untuk diadakan tahun ini.
“Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada KKM atas keprihatinan dan kerjasama diberikan.
“Pemeriksaan kesihatan itu sangat membantu dalam mengesan tahap kesihatan ahli-ahli yang berhormat pada peringkat awal seterusnya membolehkan langkah pencegahan segera diambil,” katanya.
Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) kemudian bangkit mencelah untuk mencadangkan supaya mana-mana ahli parlimen yang tidak menjalani pemeriksaan kesihatan, tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya.
Johari secara berseloroh pula berkata dia akan memastikan perkara itu berlaku dan akan memaklumkan cadangan itu kepada presiden parti politik.
- Bernama/Malaysiakini
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
|
|
|
|
|
|
|
cek otak sekali..tgk mcm ramai yg tak waras |
|
|
|
|
|
|
|
Elok lah, patut yg pertama tu yg buat cerita telenovela dia dipujuk join kerajaan tu. Ha tu memang sakit otak, kata dah tau dan tak mau, tapi duk datang juga jumpa orang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yang sakit sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan 3 dos lengkap...jangan skip bosster sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
yelah,asik prk je x sudah2 dari dulu lagi, setahun berapa kali prk,
sekali prk byk kot duit habis |
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 19-7-2024 10:31 AM
Ramai yang sakit sekarang
mana x sakit.. banyak makan sumpah org agaknya... |
|
|
|
|
|
|
|
ya betolllll....termasuk psikiatri test sekali....
|
|
|
|
|
|
|
|
Test kesihatan mental sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Wajibkan buat test polygraph sekali termasuk speaker, yg kantoi test tu sila letak jawatan, buat perabih duit rkyt lantik mp kaki penipu |
|
|
|
|
|
|
| |
|