View: 27730|Reply: 25
|
Sukan Olimpik: Perancis Larang Atlet Wanita Memakai Tudung Ketika Bertanding
[Copy link]
|
|
Tuan rumah temasya Sukan Olimpik 2024 iaitu Perancis melarang atlet wanita negara itu memakai tudung ketika beraksi dalam kejohanan berkenaan.
Perkara ini diumumkan oleh Menteri Sukan Perancis iaitu Amelie Oudea-Castera dimana beliau menyatakan tiada anggota delegasi Perancis terutamanya atlet dibenarkan memakai tudung semasa beraksi di Sukan Olimpik.
“Wakil delegasi kami dalam pasukan Perancis tidak akan memakai tudung,” kata menteri itu sambil menekankan keterikatan kerajaan kepada rejim sekularisme yang ketat yang mana turut diterapkan dalam bidang sukan.
Perkara ini terus mendapat kritikan dari ramai pihak dimana salah satu NGO terkemuka iaitu Amnesty International mendakwa tindakan tuan rumah itu sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita yang berpegang teguh kepada salah satu perkara wajib dalam agama Islam itu.
“Pihak berkuasa Perancis menjelaskan dengan tegas dan tanpa segan silu bahawa usaha mereka untuk meningkatkan kesaksamaan jantina dan keterangkuman dalam sukan tidak terpakai kepada satu kumpulan wanita dan gadis atau wanita dan gadis Islam yang memakai tudung kerana tuntutan agama,” kata Amnesty dalam satu kenyataan.
Meskipun mendapat desakan dan permintaan untuk memansuhkan peraturan tersebut, kerajaan tempatan tidak berganjak dan kekal dengan keputusan mereka.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dengan cepat mengkritik larangan itu dengan mengatakan, “Tiada seorang pun boleh membuat peraturan mengenai apa yang perlu dipakai oleh wanita dan apa yang tidak boleh dipakai,” kata badan itu.
Perancis sememangya terkenal dengan sikap Islamophobia di kalangan rakyatnya yang mana mereka memandang rendah kepada mana-mana individu yang beragama Islam.
Malah, ada kejadian kekerasan yang dilakukan ke atas wanita yang memakai tudung di khalayak ramai sekaligus menjadi bukti bahawa mereka merupakan golongan masyarakat yang tidak bermoral dan tidak bertamadun.
Sumber : The Vocket
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn tudung pun problem. Bukan nya niqab just nampak mata jer. Pastu topi tak boleh lah sbb cover kepala. |
|
|
|
|
|
|
|
So yg mane atlit islam tu dh bole berundur la ye… xpayah sgt berjasa dgn puak gini. |
|
|
|
|
|
|
|
Botakkan je la kepala sbg protes, mcm budak skolah dolu2 kat perancis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada, basketball player Diaba Konate, dia pakai tudung.
|
|
|
|
|
|
|
|
sufi^_^ replied at 19-7-2024 01:57 PM
Ada, basketball player Diaba Konate, dia pakai tudung.
kesian plak.
iols baru lepas menggugel, 2020 pakai tdg, bagus jaga pemakaian jugak la waktu bermain tu.
tak pasal2 tak leh join olimpik |
|
|
|
|
|
|
|
bg yg muslim tak pyh la join . |
|
|
|
|
|
|
|
dengan tudung pun phobia...bodoh punya france... |
|
|
|
|
|
|
|
Olimpik pun tidak penting kpd umat Islam...asal usul olimpik games pun penuh kekufuran
OIC patut buat games utk negara2 islam bertanding
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa bodoh n terkebelakang nya pemikiran woke parisian ni. Hauk bebenor. |
|
|
|
|
|
|
|
pakai tudung tak boleh. telanjang boleh kot?tgk crita perancis, rakyatnya bogel sana sini. gemuk pun confident berbogel dpn org ramai |
|
|
|
|
|
|
|
In the name of secularism katanya chuols.
Tapi atlit perancis aje, atlit negara lain masuk olimpik tak de isu larangan pakai tudung. |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai tudung issue.. baju x cukup kain dianggap empowering. Amenda ntah |
|
|
|
|
|
|
|
uihh... kesian org islam kat france ni kene tindas sungguh. |
|
|
|
|
|
|
|
Pondan sgt, dgn tudung pun dah menggelupur . Lain la kalau cakap untuk specific sukan, macam sukan renang |
|
|
|
|
|
|
| |
|