CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 57778|Reply: 0

[Johor] Terpedaya saham tak wujud, kontraktor rugi lebih RM165,000

[Copy link]
Post time 20-7-2024 07:31 AM | Show all posts |Read mode


Johor Bahru: Seorang bekas kontraktor berputih mata apabila wang simpanannya lesap sebanyak RM165,757, selepas terpedaya dengan pelaburan saham tidak wujud secara atas talian, sejak bulan lalu.



-ADVERTISEMENT-









Ads by









Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa lelaki tempatan berusia 60 tahun itu membuat laporan polis di IPD JBS semalam.

Katanya mangsa yang kini tidak bekerja memaklumkan melihat iklan pelaburan saham berkenaan di media sosial, dan berurusan dengan seorang wanita dari syarikat pelaburan berkenaan sejak bulan lalu.

"Mangsa kemudian diterangkan pakej pelaburan yang menjanjikan keuntungan sebanyak lapan peratus daripada modal. Suspek juga mengarahkan mangsa mendaftar akaun pada pautan yang diberi.

"Mangsa membuat pendaftaran selepas tertarik dan percaya dengan keuntungan yang dijanjikan.

"Suspek mengarahkan mangsa membuat pembayaran secara atas talian ke beberapa akaun bank tempatan. Mangsa melakukan sebanyak 20 transaksi pemindahan wang pada bulan Jun hingga awal Julai sehingga mencecah nilai RM165,757, "katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurut Raub, mangsa menyatakan menerusi aplikasi pelaburan melihat keuntungan sebanyak RM400,000 dalam akaun itu, namun tidak dapat dikeluarkan.
Katanya dalam masa sama suspek terus meminta mangsa membuat pembayaran.

"Mangsa syak dirinya ditipu dan membuat laporan polis. Kes disiasat di bawah seksyen 420 kanun keseksaan, "katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.084802 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list