View: 68267|Reply: 78
|
[Tempatan]
Bukan setakat curang dengan adik ipar, bekas isteri kantoi tipu 'title Dr'
[Copy link]
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-7-2024 06:35 PM
Bukan setakat curang dengan adik ipar, bekas isteri kantoi tipu 'title Dr'
Oleh NUR IFTITAH ROZLAN
Tidak cukup hanya dicurangi, seorang lelaki terpaksa menelan hakikat pahit dirinya ditipu hidup-hidup oleh bekas isteri yang mengakui kononnya memiliki gelaran doktor falsafah (PhD).
Perkara itu didedahkan mangsa, seorang ahli perniagaan yang hanya ingin dikenali sebagai Putra. Jelas lelaki berusia 38 tahun itu, bekas isteri yang menggunakan nama samaran sebagai Dr Shaz atau Dr Khan tidak hanya memperdaya seluruh ahli keluarga, malah turut melibatkan orang luar.
Berkongsi tentang perkara tersebut, Putra mendedahkan, perasaan syak wasangka timbul selepas bekas isteri didapati mengambil wang syarikat sebanyak RM38,000 pada 20 Jun lalu. Katanya, tindakan itu menyebabkan dia dan adiknya mula mempersoalkan tentang status pekerjaan wanita tersebut.
"Agak pelik kenapa dia nak ambil wang syarikat sebanyak itu sedangkan dia maklumkan pendapatannya sebagai pensyarah di Universiti Malaya (UM) mencecah lebih RM11,000 (asas) sebulan. Kenapa perlu ambil duit syarikat yang dia sendiri tahu itu bukan miliknya?" ujar bapa kepada dua cahaya mata itu.
Putra memaklumkan, dia memutuskan untuk membuat sendiri pemeriksaan di Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi menyemak status sebenar pengajian Shaz.
Shaz sering mengenakan kot makmal dan menghantar gambar kepada Putra sebagai bukti.
"Saya amat terkejut apabila mengetahui bekas isteri yang selama ini mendakwa dia menghabiskan pengajiannya, (hanya) berstatus withdrawal sejak tahun 2020. Malah status geran pinjaman sebanyak RM200,000 yang ditawarkan kepadanya juga tidak wujud sama sekali," katanya yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2010.
Sehubungan itu, lelaki berasal dari Perak itu kemudian membuat pula pemeriksaan di UM dan mendapati surat tawaran sebagai pensyarah gred DS51 yang ditunjukkan bekas isterinya adalah palsu. Tegasnya, surat tersebut menggunakan nama dekan dan kepala surat universiti awam tersebut, namun UM sendiri menafikan kesahihan surat berkenaan.
"Saya telah ke pejabat dekat Fakulti Perubatan dan menunjukkan surat itu dan pihak UM menunjukkan bahawa tandatangan dekan fakulti dan kepala surat sebenar juga adalah berbeza berbanding yang ditunjukkan kepada saya," jelasnya.
Anak sulung daripada empat beradik itu berkata, sepanjang 2020 hingga 2023, dia langsung tidak dimaklumkan tentang keputusan wanita berusia 35 tahun itu untuk berhenti belajar. Sebaliknya, bekas isteri masih meneruskan 'drama' pengajiannya dengan meminta kebenaran daripada Putra untuk menetap bersama keluarganya di Pulau Pinang buat sementara waktu.
"Kami sebelum ini menjalani kehidupan rumah tangga perhubungan jarak jauh (PJJ) atas alasan dia mahu menumpukan perhatian pada proses pembelajaran PhD secara dalam talian.
Saya menetap di Perak untuk menguruskan bisnes, manakala bekas isteri dan anak-anak tinggal bersama bekas keluarga mertua di Pulau Pinang sementara waktu," jelasnya.
Mengulas lanjut, Putra memberitahu bahawa keluarga bekas mertua amat mementingkan soal pendidikan anak tunggal mereka. Menurutnya, sebelum berkahwin pada 2010, ibu bapa Shaz juga menyatakan bahawa dia mahu anaknya mencapai pendidikan tertinggi dan untuk menuruti cita-cita tersebut, dirinya akur dan membenarkan bekas isteri sambung belajar.
"Bekas isteri berjaya menghabiskan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Pengajian Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di sebuah universiti separa swasta, manakala Sarjana Linguistik Gunaan di UPM.
Selepas tamat Ijazah Sarjana, saya dimaklumkan Shaz ditawarkan biasiswa dan geran untuk menyambung PhD di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM sama pada tahun 2017 dan mengakui tamat belajar pada hujung 2023. Namun rupa-rupanya dia sudah berhenti belajar pada tahun 2020 lalu," katanya.
Ujar Putra lagi, tindakan Shaz yang sering berkongsi cerita tentang tugasan pengajian, pensyarah, data penyelidikan dan pelbagai perkara berkait lain menyebabkan dirinya sama sekali tidak mencurigai perbuatan bekas isteri. Apatah lagi, dia selama ini sering memberi nasihat perubatan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan yang lain.
"Dia siap mengaku bekerja di sebuah hospital kerajaan di Pulau Pinang. Perkara ini sangat tidak betul, macam mana orang yang tidak ada langsung latar belakang bidang kesihatan boleh berani keluar masuk hospital dan bagi nasihat kesihatan lagi," adunya.
Majoriti sebelum ini mendedahkan kisah rumah tangga Putra yang bergolak akibat kehadiran orang ketiga, yang juga merupakan adik iparnya sendiri.
Putra membuat sendiri pemeriksaan di UPM bagi menyemak status pengajian Shaz.
https://majoriti.com.my/berita/2024/07/20/video-bukan-setakat-curang-dengan-adik-ipar-bekas-isteri-kantoi-tipu-039title-dr039
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Survival skill wanita duit duit duit |
|
|
|
|
|
|
|
Konfius
Ambik degree berkaitan bahasa.. sambung phd pun berkaitan bahasa. Konon nya dpt title 'Dr.' PhD terus boleh bagi nasihat psl kesihatan siap pakai cam doc kat spital. Kelakar pun ye. I saspek bangsa paki |
|
|
|
|
|
|
|
punye lama kawin sampai beranak pinak
baru tau kena scam kew
haiyoo |
|
|
|
|
|
|
|
memang ada ya lecturer linguistik di Fakulti Perubatan? sebab setahu iols linguistik ada kat Fakulti Bahasa je.
p/s: mementang fakulti perubatan, dan2 sheols pose pakai lab coat iya |
|
|
|
|
|
|
|
Si laki b***h sangat ke??
Bini grad bidang bahasa,kerja di fakulti perubatan.
Situ pun dah pelik.
Confirm keturunan mamak kuat pusing |
|
|
|
|
|
|
|
Aku nk tau org ke3 tu sapa.. .
Katanya adik ipar, tapi pompuan tu ank tunggal |
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 21-7-2024 11:41 AM
Si laki b***h sangat ke??
Bini grad bidang bahasa,kerja di fakulti perubatan.
Situ pun dah pelik.
Kannn… pukul rata klu ada title Dr kt dpn tu utk perubatan smpai bleh bg nasihat psl perubatan bagai?? |
|
|
|
|
|
|
|
Mak aih.. takkan tak prasan sblm kawen tu |
|
|
|
|
|
|
|
Oh ni kes biras curang ngn biras yg viral sblm ni kan
Dorang ni keluarga mamak kan
Cuma iols tak paham bini dia ngandung anak no 3 tu dgn curi sperma suami adik dia tu ke atau mmg ada tidur sekali?
Ada baca kat tt adik lelaki ni |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgk pon dh pelik, blh plak lakinya percaya...patot la kene tipu |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 21-7-2024 11:43 AM
Aku nk tau org ke3 tu sapa.. .
Katanya adik ipar, tapi pompuan tu ank tunggal
Biras curang ngn biras
Isteri dia ni curang ngn suami kepada adik perempuan putera tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 21-7-2024 12:30 PM
Kenapa kena tipu? Why? Why? Why?
Pathological liar ke???
Narcissist? |
|
|
|
|
|
|
|
Complicated nya bekas isteri heshe. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah alang2 laki expose, expose sekali lah gambar pompuan tu |
|
|
|
|
|
|
|
KAt tiktok ckp nama shazreena khan. Rasanya dia ni cuma bengang sebab bini curang dgn adik ipar dia sampai ada anak segala. Kalau tidak dia xkisah je kot bini dia tipu status pelajaran tu. Xde nye sampai gigih nak bongkarkan begini.
Selama kawin xpernah tau lgsg ke bini tu keje mana? Xpenah g ambik dr tempat keje? Dia kata bini dia cakap keje hosp kerajaan kat penang tp aku gugel tgk email add dia uitm. |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai..
Laki paki mmg senang kena tipu ke..
Arwah kawan laki iols pung gitu..kena tipu
Duit kwsp masuk bulat2 rm700k dalam akaun bini dia..
Lepas bini dpt duit..dia pergi joli dgn skandal..
Kawan laki iols hilang habis siap tumpang rumah kawan dia kat sentul beberapa bulan..now dah meninggal dalam keadaan sedih sebab dia depression plus sakit jantung...
Kesian iols tengok..ada juga laki iols jenguk2 sebab dolu weols selalu dtg ke kajang ziarah depa sefamily..
Kawan laki ipls neh mix paki ..bini pung sama.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Freezies at 21-7-2024 01:26 PM
Suchi replied at 21-7-2024 12:28 PM
Biras curang ngn biras
Isteri dia ni curang ngn suami kepada adik perempuan putera tu.
Ooh.cerita sebijik macam jiran aku dekat kampung.menantu terjatuh cinta dengan menantu.tapi yng ni sampai ke jenjang pelamin.
aku gelak je diorng kena dugaan mcm ni.satu keluarga mulut jahat sangat suka bawak mulut mengumpat orang,mengata orang.last2 orng kampung bagi gelaran Keluarga 69.padan muka. |
|
|
|
|
|
|
|
jazaa100 replied at 21-7-2024 11:43 AM
Aku nk tau org ke3 tu sapa.. .
Katanya adik ipar, tapi pompuan tu ank tunggal
adik husband dia la kot? |
|
|
|
|
|
|
| |
|