CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13384|Reply: 1

[Dunia] Jangan biar isu dipolitik hingga cemar hubungan Singapura-Malaysia, kata Menteri Kanan Singapura Lee Hsien Loong

[Copy link]
Post time 23-7-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Jangan biar isu dipolitik hingga cemar hubungan Singapura-Malaysia, kata Lee

https://www.freemalaysiatoday.co ... -malaysia-kata-lee/

Bernama
22 Jul 2024, 11:53 PM


Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong, berkata republik itu dan Malaysia berkongsi hubungan rapat, tetapi kompleks. (Gambar AP)

Menteri Kanan Singapura, Lee Hsien Loong jangka dua negara memerlukan masa menyelesaikan isu sukar dan sensitif seperti bekalan air dan persempadanan maritim.

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia tidak boleh membiarkan sesuatu isu dipolitikkan dan dimainkan, atau meracuni hubungan keseluruhan kedua-dua negara, kata Menteri Kanannya, Lee Hsien Loong.

Menurutnya, ini boleh menjadikan keadaan lebih sukar dan merosakkan kedua-dua pihak.

Selama bertahun-tahun, katanya, Singapura dan Malaysia berdepan isu lebih sukar dan sensitif seperti bekalan air, pengurusan ruang udara dan persempadanan maritim, yang beliau jangkakan akan mengambil sedikit masa diselesaikan.

Tetapi secara keseluruhannya, kedua-dua pihak mencapai kemajuan ketara dalam hubungan kita selama beberapa dekad. Kita harus menghargai betapa susahnya dan bernilai kemajuan ini dalam perkara khusus yang telah kita capai, mahupun keadaan baik keseluruhan hubungan kita. Ia sama sekali tidak boleh dipandang remeh.


Beliau berkata demikian ketika berucap di Kelab Perniagaan Kuala Lumpur Ahad lalu sebagai sebahagian lawatannya ke Malaysia. Transkrip ucapannya disediakan di laman web Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Lee berkata, Singapura dan Malaysia berkongsi hubungan rapat, tetapi sememangnya kompleks. Oleh itu, pemimpin dan kedua-dua kerajaan perlu mengambil perspektif strategik serta menguruskan isu dengan teliti dan sensitif dari sudut pandangan keseluruhan hubungan.

Menurutnya, tiga isu lama memerlukan kerja keras dan perbincangan serius untuk mengenal pasti pendekatan boleh dilaksanakan serta tahan lama, menguruskan isu berterusan dan menampung kepentingan masing-masing.

“Ini tugas sukar, tetapi walaupun dengan tugas sukar seperti ini, adalah mungkin mencari cara membina untuk mencapai kemajuan bersama, seperti yang kami lakukan dengan Pedra Branca (Pulau Batu Puteh) dan tanah KTM.

Begitu juga dengan air, apabila kami membuat perjanjian membina Empangan Linggiu, yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara hampir 30 tahun, katanya sambil menambah terdapat keperluan mengambil kira sentimen politik domestik yang sering menjadikan isu ini lebih kompleks dan sensitif.

Beliau berkata, walaupun hubungan itu sensitif dan kompleks, kedua-dua pihak tahu mereka perlu bekerjasama kerana tiada alternatif.

Menyatakan kepuasannya dengan hubungan Malaysia-Singapura, Lee berkata, beliau gembira pada peringkat tertinggi kedua-dua pihak, Malaysia dan Singapura secara amnya dapat melihat gambaran besar dan membuat kemajuan baik, walaupun mereka tidak selalu bersetuju dalam setiap isu.

Katanya, beliau menikmati hubungan baik dengan ramai pemimpin Malaysia, termasuk Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan gembira pada masa peralihan di Singapura ini, hubungan dua hala adalah stabil dan positif.

Beliau yakin Perdana Menteri, Lawrence Wong akan bekerjasama dengan Anwar untuk memajukan kerjasama itu dan akan melakukan segala yang beliau mampu dalam peranan baharunya sebagai menteri kanan untuk mengukuhkan lagi hubungan serta membantu menjalin hubungan baharu antara kedua-dua negara.

Singapura, katanya mahu mengembangkan hubungan dua hala dan mengekalkan hubungan politik stabil serta mesra untuk mewujudkan persekitaran perniagaan kondusif.

Semakin stabil suasana politik, semakin mudah bagi ahli perniagaan beroperasi tanpa perlu risau tentang cuaca. Semakin banyak kedua-dua negara kita dapat mengekalkan perkara positif serta stabil, dan semakin sedikit turun naik politik, semakin banyak rakyat kita akan dapat manfaat.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 01:31 PM | Show all posts
Hubungan M'sia - S'pore apa ja yang bukan politik.

Good luck lah.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:22 AM GMT+8 , Processed in 0.052458 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list