CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15176|Reply: 1

[Tempatan] Majistret tegur penyokong JDT bakar suar di pekarangan stadium

[Copy link]
Post time 23-7-2024 01:23 PM | Show all posts |Read mode
Majistret tegur penyokong JDT bakar suar di pekarangan stadium

https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... pekarangan-stadium/

Oleh NORLIDA AKMAR IDROS
23 Julai 2024, 12:17 pm


Tiga penyokong JDT iaitu Mohd Faizol (dua dari kanan), Jalali (tengah) dan Mohamad An'Naffi dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Setar atas kesalahan memasang suar di Stadium Darul Aman, Jumaat lalu.

ALOR SETAR – “Ini bukan benda main-main, ia melibatkan keselamatan dan boleh membahayakan masyarakat awam. Jangan lakukan lagi, kalau hadapi kesalahan sama, saya akan bagi pemenjaraan maksimum.”

Demikian teguran Majistret, Muhammad Zul Hilmi B. Latif kepada dua penyokong pasukan bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dituduh memasang suar di pekarangan Stadium Darul Aman, di sini pada Jumaat lalu.

Dua tertuduh iaitu Mohd Faizol Mohd Sapian, 27, dari Kota Tinggi, Johor dan Jalali Hamid, 47, dari Masai masing-masing didenda RM100 di Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Majistret, Zul Hilmi turut memerintahkan mereka dipenjara 15 hari jika gagal membayar denda berkenaan.

Mohd Faizol yang bekerja di sebuah syarikat kejuruteraan dan Jalali, seorang pemandu forklift membayar denda dikenakan.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Faizol dan Jalali didakwa memasang suar di pekarangan stadium tersebut kira-kira pukul 10.45 malam, 19 Julai lepas.

Pendakwaan ke atas dua tertuduh itu dilakukan mengikut Seksyen 3(5) Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100 atau dipenjara maksimum sebulan atau kedua-duanya.

Sementara itu, seorang lagi penyokong pasukan bola sepak sama, Mohamad An’Naffi Sahid, 34, dari Bandar Baru Kangkar Pulai, Johor Bahru turut dihadapkan atas kesalahan sama di lokasi dan masa sama di Mahkamah Majistret berasingan, di sini hari ini.

Dia yang membuat pengakuan bersalah di hadapan Majistret, Siti Norhidayah Mohd Noor didenda RM100 dan diperintah dipenjara selama 14 hari jika gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh yang bekerja sebagai kerani membayar denda dikenakan. – KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Terbawak2 perangai kat ssi
Kat ssi boleh la buat
Tp tu pun bahaya, kalau jadi ssuatu kan payah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.046409 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list