View: 15169|Reply: 4
|
[Tempatan]
Curi deposit RM24.7 juta: 10 termasuk pengurus bank didakwa Khamis
[Copy link]
|
|
Curi deposit RM24.7 juta: 10 termasuk pengurus bank didakwa Khamis
https://www.freemalaysiatoday.co ... ank-didakwa-khamis/
FMT Reporters
23 Jul 2024, 01:59 PM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pengurus bank itu dipercayai bersubahat dengan dalang utama, berkait kecurian wang deposit RM24.7 juta. (Gambar Bernama)
Wujud elemen jenayah terancang termasuk penggunaan kad pengenalan palsu boleh manipulasi pengimbas cap jari diguna bank.
PETALING JAYA: 10 individu termasuk pengurus bank akan dituduh di Mahkamah Kota Kinabalu, pada Khamis, susulan sindiket curi wang deposit tetap milik pelanggan bernilai RM24.7 juta.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Ramli Mohamed Yoosuf, berkata pihaknya sebelum ini menahan seramai 14 individu berusia 26 hingga 63 tahun di bawah Seksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).
Sembilan daripadanya akan dituduh individu di bawah Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi individu akan didakwa mengikut kesalahan berkaitan Peraturan Pendaftaran Negara 1990.
Katanya, pasukan penyiasat telah mengenal pasti wujud elemen kumpulan jenayah terancang dalam sindiket tersebut yang bertindak secara bersama bagi mendapatkan faedah material.
Ini merupakan kali pertama kesalahan jenayah komersial diambil tindakan di bawah Sosma. Pada 22 Julai lalu, timbalan pendakwa raya telah memberikan arahan untuk menuduh, katanya menurut Kosmo, di Kuala Lumpur.
Ramli berkata, dalang utama sindiket juga berdepan pertuduhan selain pengurus bank yang didakwa bersubahat.
Katanya, siasatan mendapati sindiket ini memulakan perancangan kegiatan sejak penghujung 2023 dan mula bertindak pada Mac hingga Jun lalu.
“Mereka didapati mempunyai niat dan perancangan yang rapi sehingga berjaya menghasilkan kad pengenalan palsu dipercayai boleh digunakan dalam urusan bank sehingga mampu memanipulasi alat pengimbas cap jari yang digunakan oleh pihak bank.
Kita percaya kegiatan sindiket ini telah berjaya dilumpuhkan melalui pertuduhan terhadap 10 individu berkaitan, katanya.
15 Jun lalu, dilaporkan seorang kakitangan bank ditahan bagi membantu siasatan kes kehilangan wang dari akaun simpanan tetap melibatkan kerugian RM24.2 juta.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Umur 63 pun buat jenayah?
Apa nak jadi dengan rentua kat Malaysia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
yenil95 replied at 23-7-2024 03:05 PM
Umur 63 pun buat jenayah?
Apa nak jadi dengan rentua kat Malaysia ni?
Duit pencen / kwsp dah habis joli atau di tarah betina yg muncul lepas pencen |
|
|
|
|
|
|
|
yenil95 replied at 23-7-2024 03:05 PM
Umur 63 pun buat jenayah?
Apa nak jadi dengan rentua kat Malaysia ni?
Umur 63 maybe masih carry loan rumah x habis2 kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|