View: 22301|Reply: 3
|
[Tempatan]
Kolej Tingkatan 6 Premium dijangka laksana tahun depan
[Copy link]
|
|
Kolej Tingkatan 6 Premium dijangka laksana tahun depan
https://www.freemalaysiatoday.co ... aksana-tahun-depan/
Anne Muhammad
23 Jul 2024, 04:26 PM
Menteri Fadhlina Sidek berkata KPM menyahut hasrat kerajaan yang ingin melihat Tingkatan 6 terus menjadi pilihan utama bagi lepasan SPM. (Gambar Bernama)
Kolej Tingkatan 6 Premium program khusus bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajian.
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) dijangka akan melaksanakan Kolej Tingkatan 6 Premium pada tahun depan, program khusus bagi meningkatkan mutu dan kualiti pengajian itu.
Menteri Fadhlina Sidek berkata KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi giat bekerjasama untuk merealisasikan inisiatif itu.
Katanya ketika merasmikan anugerah pelajar terbaik Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2023 di Majlis Peperiksaan Malaysia, inisiatif ini menyahut hasrat kerajaan yang ingin melihat Tingkatan 6 terus menjadi pilihan utama bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.
Ditemui pemberita selepas pengumuman itu, Fadhlina memaklumkan butiran lanjut inisiatif ini akan diumumkan selepas proses penyelarasan antara kementerian selesai.
Sementara itu, Fadhlina memaklumlam cadangan pemberiam elaun kepada pelajar Tingkatan 6 sedang diperhalusi.
Menteri pada Julai lalu mengumumkan KPM sedang perinci cadangan menyediakan elaun kos sara hidup pelajar dan Guru Penolong Kanan Tingkatan 6.
Langkah itu katanya antara usaha penjenamaan semula Tingkatan 6, dan memastikan kualitinya diperluas dan dipertingkatkan.
Menyentuh isu lain, Fadhlina mengingatkan pentadbir institusi pendidikan KPM supaya mematuhi garis panduan berkaitan penganjuran program dan penerimaan sumbangan.
Peringatan ini menyusuli kontroversi daripada suatu acara amal anjuran sebuah sekolah jenis kebangsaan, selepas didapati syarikat kilang bir merupakan antara penderma.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
K'jaan pertimbang elaun sara hidup buat pelajar STPM
Ili Aqilah & Zarrah Morden
Diterbitkan: Jul 9, 2024 1:02 PM
PARLIMEN | Kementerian Pendidikan sedang mempertimbangkan untuk menyediakan elaun kos sara hidup pelajar Tingkatan Enam sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih ramai pelajar menyertai program itu.
Pada sidang parlimen hari ini, Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh berkata cadangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif kementerian.
Cadangan inisiatif lain termasuk elaun untuk guru penolong kanan Tingkatan Enam dan bantuan geran per kapita lebih tinggi bagi mata pelajaran STPM.
““Antara usaha pihak KPM untuk tarik minat pelajar. Bukan saja pelajar tapi juga untuk naikkan semangat guru Tingkatan Enam.
“Cadangan itu masih di peringkat awal, kerana ia dicadangkan di bawah pelan Pelan Hala Tuju Pendidikan Tingkatan Enam 2024-2030, yang dilancarkan pada Mei,” katanya.
Menteri Pendidikan Fadhilina Sidek mendedahkan pada Julai tahun lepas bahawa kementerian bercadang untuk menjenamakan semula Tingkatan Enam bagi memastikan STPM menjadi pilihan pelajar melanjutkan pelajaran.
Mengulas lanjut mengenai rancangan itu, Wong berkata kementerian juga memberi tumpuan kepada kemudahan dan infrastruktur pusat Tingkatan Enam dan mempertingkatkan sukatan pelajaran peperiksaan STPM.
Di bawah rancangan itu, kementerian menyenaraikan tujuh objektif:
-Menjadikan Tingkatan Enam sebagai laluan utama dan pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran
-Mempertingkatkan sistem pendidikan Tingkatan Enam agar lebih menarik dan setanding dengan sistem pendidikan prauniversiti yang lain
-Meningkatkan kebolehpasaran lepasan STPM sama ada dalam dan luar negara
-Menyediakan lebih banyak peluang kerjaya dan prospek untuk lepasan STPM
-Memupuk sifat kepimpinan dalam diri pelajar Tingkatan Enam
-Membangunkan profesionalisme guru Tingkatan Enam
-Menambah baik infrastruktur di pusat Tingkatan Enam
“Kementerian sentiasa komited untuk memperkasa dan memartabatkan pendidikan tingkatan enam dari semasa ke semasa dengan mengambil kira semua aspek agar laluan ini kekal menjadi salah satu pilihan utama lepasan SPM bagi meneruskan pengajian sehingga ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Macamana nak jadikan Tingkatan 6 sebagai laluan utama sedangkan matrikulasi dan asasi masih wujud? Agak mengelirukan objektif ni.
By the way, orang kuat MRSM biasanya pandang rendah pada Tingkatan 6. Dulu, seorang pakcik Hal Ehwal Akademik di sebuah MRSM pernah menasinati para pelajar supaya masuk IPTS instead of form 6 (kalau result SPM tak berapa bagus). |
|
|
|
|
|
|
|
Untunglah tingkatan 6... sejak ada kuasa mengundi ni kerajaan kena bagi perhatian
sampai cadangan ada sara hidup..
cumanya, kan ramai pelajar tu, bukankah kerajaan selalu kata tak ada duit? dan istilah sara hidup itu mungkin besar jika akhirnya duit yang diberi cuma rm200 satu semester, itu contoh sahaja... maksudnya dah sebut sara hidup maka kemungkinan boleh capai ribu satu semester jumlahnya..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|