CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32524|Reply: 6

[Tempatan] Pemimpin PN jumpa bekas PM Sngapura, bincang akta antilompat parti

[Copy link]
Post time 23-7-2024 06:29 PM | Show all posts |Read mode
Pemimpin PN jumpa bekas PM S'pura, bincang akta antilompat parti

https://m.malaysiakini.com/news/712886

Diterbitkan:  Jul 23, 2024 6:05 PM
Dikemaskini: 6:05 PM



Bekas perdana menteri Singapura yang kini merupakan menteri kanan negara itu, Lee Hsien Loong yang sedang dalam lawatan kerja rasmi ke Malaysia berjumpa dengan ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) membincangkan pelbagai isu termasuk akta antilompat parti, kata Hamzah Zainudin.

Kata Hamzah, Lee berminat mahu mendengar pandangan ahli parlimen PN pelbagai isu lain termasuk kos sara hidup.

"Menteri kanan yang juga merupakan bekas perdana menteri Singapura juga berminat untuk mendengar dengan teliti pandangan ahli-ahli parlimen PN berkaitan isu-isu dalam negara seperti kos sara hidup dan dasar percukaian negara, selain isu panas berkaitan undang-undang antilompat parti yang turut mendapat perhatian khusus beliau," katanya dalam kenyataan di Facebook.

Ahli parlimen PN yang hadir termasuk Radzi Jidin, Saifuddin Abdullah, Dr Ahmad Yunus Hairi dan Khairil Nizam.



Hamzah yang juga ketua pembangkang berkata pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya berkaitan langkah-langkah untuk memperkukuhkan hubungan bilateral Malaysia dan Singapura dalam semua aspek.

"Kami juga berbincang berkaitan isu-isu serantau dan geo-politik antarabangsa yang memberikan impak besar terhadap kedua-dua negara.

"Pertemuan ini amat bermakna dalam konteks hubungan dua hala kedua-dua negara dan bagi pihak keluarga besar ahli parlimen PN saya merakamkan penghargaan buat Lee serta delegasinya," katanya.

Lawatan rasmi itu diadakan secara rasmi bermula 19 Julai tamat pada hari ini.

Delegasi Lee itu turut disertai isterinya, Ho Ching, Menteri Kanan bagi Kementerian Pertahanan dan Kementerian Tenaga Manusia Singapura Zaqy Mohamad serta Menteri Kanan bagi Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia serta Kementerian Perdagangan dan Perusahaan negara jiran itu Low Yen Ling.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo ph buat mcam ni masa pembangkang dulu mampos laa mesia kena jual
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ehhh kenapa jumpa cina???? hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 04:22 AM From the mobile phone | Show all posts
PN ni kenapa gigeh mengadu dengan Singapura.

Lepasni . mengadu kat Lim Ki Siang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 06:37 AM | Show all posts
sebab itu aku mmg tak suka PN terutama pas ...tgok lar buat tahi..bila dia buat boleh pula ye....PAP dan DAP kan sama ...pas yang kata...cium lar PAP singapore tu..

mmg babi pas PN ni
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 08:19 AM | Show all posts
kelakar jugek kan.. PAP tu..

tp itu ler.. situasi skrg, bukan sebab kerajaan madani ni bagus sgt.
tp pembangkang pun malas nak buat kerja..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2024 09:10 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 24-7-2024 09:18 AM

Dasar lobai munafikk...ujung2 pi sembah jugak cina Singapork yg korg dok kutuk2 selama ni kann








Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.126229 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list