View: 32538|Reply: 1
|
[Jenayah]
Mengalami Muntah-Muntah, 91 Pelajar Sekolah Di Sabah Disahkan Keracunan Makanan!
[Copy link]
|
|
Semalam (22 Julai) terdapat dakwaan memaklumkan beberapa pelajar dari Sekolah Kebangsaan Pulau Gaya, Kota Kinabalu, Sabah mengalami keracunan makanan.
Perkara itu turut dimuat naik oleh Timbalan Ketua UMNO Putatan, Reduan Aklee dalam satu hantaran dan memberitahu pelajar kemudian telah dihantar ke Hospital Likas untuk mendapatkan rawatan.
Jabatan Pendidikan Sabah sahkan 91 orang pelajar alami keracunan makanan
Terbaharu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sabah mengesahkan seramai 91 murid dari sekolah berkenaan mengalami keracunan makanan.
Jelas pengarahnya, Datuk Raisin Saidin kesemua pelajar yang mengalami masalah serta gejala keracunan makanan telah mendapat rawatan di beberapa hospital serta klinik di sekitar Kota Kinabalu.
“Insiden mula dikesan pada kira-kira pukul 12 tengah hari semalam apabila guru mendapati ada murid mengalami muntah-muntah dan beberapa simptom lain,” ujarnya, lapor Kosmo.
Katanya lagi, pihak sekolah bertindak untuk mengumpul maklumat murid yang terlibat dengan kes tersebut serta membawa beberapa murid ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) yang terletak di Likas.
Pembekalan RMT untuk sesi petang dihentika serta merta
Selain itu ada juga beberapa murid yang dirawat di Hospital Queen Elizabeth (HQE) dan Klinik Kesihatan Luyang. Dalam pada itu, pihak sekolah turut bertindak memberhentikan pembekalan Rancangan Makanan Tamabahan (RMT) untuk sesi petang serta merta.
“Sekolah juga menasihatkan ibu bapa dan penjaga agar membawa anak jagaan masing-masing untuk mendapatkan rawatan segera di klinik berhampiran sekiranya terdapat simptom keracunan makanan.”
Pelajar turut dirawat di beberapa hospital dan klinik lain sekitar Kota Kinabalu
Menerusi laporan yang dikumpul Unit Hal Ehwal Murid (HEM) Pejabat Pendidikan Daerah Kota Kinabalu (PPDKK) seramai 55 murid dirawat di HWKKS, 25 murid di HQE, manakala lapan murid di Klinik Kesihatan Luyang, seorang di Klinik UTC Kota Kinabalu dan dua lagi di Jeti SAFMA Kota Kinabalu.
Menurut beliau lagi, tahap kesihatan murid sewaktu dirawat adalah tahap dua serta dalam pemantauan pihak hospital selain tiada kes di peringkat kritikal.
“Seramai 90% murid dimasukkan ke hospital untuk pemantauan dan 10% lagi dibenarkan balik ke rumah.
“Pihak PPDKK telah membuat janji temu dengan pasukan Pejabat Kesihatan Kota Kinabalu untuk menjalankan siasatan dan mengambil sampel di sekolah pada hari ini (23 Julai).”
Adun Tanjung Aru turut buat perkongsian sama di Facebook berhubung kes keracunan makanan
Sebelum ini Pejabat Adun N.22 Tanjung Aru di Facebook turut berkongsi mengenai hal yang sama berkaitan kejadian keracunan makanan yang menimpa pelajar sekolah terbabit.
Mereka turut berkongsi beberapa foto memaparkan keadaan para pelajar yang mendapatkan rawatan di hospital sewaktu Adun Tanjung Aru, Junz Wong berkunjung ke lokasi berkenaan, semalam (22 Julai).
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kesian ..
semoga cepat sembuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|