CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34737|Reply: 9

[Jenayah] Tidak Muncul Di Khalayak Ramai Selama Beberapa Hari, Mendakwa Joe Biden Telah Meninggal Dunia!

[Copy link]
Post time 23-7-2024 11:03 PM | Show all posts |Read mode




Pada akhir bulan Julai 2024, sebuah teori konspirasi yang mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, telah meninggal dunia mula tersebar di media sosial.

Teori ini bermula dari pengumuman bahawa Biden positif COVID-19 dan beliau tidak hadir di hadapan orang ramai serta pengumuman yang dibuat mengenai pengunduran dari kerusi panas calon presiden 2024.

Teori ini mula lahir pada 17 Julai 2024, apabila Joe Biden disahkan positif COVID-19 semasa dalam perjalanan ke Las Vegas.

Biden dikatakan mengalami “gejala ringan” dan disebabkan itu tidak muncul di khalayak ramai selama lima hari dengan laporan menyatakan beliau sedang menjalani kuarantin di kediamannya di Delaware.

Pada 21 Julai 2024, Biden mengumumkan bahawa beliau akan mengosokan kerusi pilihan raya sebagai calon presiden 2024 melalui kenyataan rasmi yang dibuat di akaun media sosial rasmi beliau.

Namun, disebabkan dia tidak muncul di khalayak ramai selama beberapa hari dan persoalan mengenai kesahihan tandatangan Biden pada kenyataan tersebut telah mencetuskan teori bahawa Joe Biden sebenarnya dah meninggal dunia.

Teori ini mula beredar di platform media sosial, X, sebelumnya dikenali sebagai Twitter, dengan ramai netizen mengesa agar Biden membuat penampilan umum bagi membuktikan beliau masih hidup.

Pada 22 Julai 2024, pengguna X @MattWallace888 memuat naik gambar yang dihasilkan oleh AI yang menunjukkan Joe Biden dengan kapsyen “RUMORS ARE CIRCULATING THAT JOE BIDEN IS DEAD”.

Kandungan tersebut tular di media sosial dan mendapat lebih daripada 10,000 perkongsian semula serta 77,000 tanda suka dalam satu hari.

Teori ini mendapat sambutan oleh kumpulan sayap kanan di media sosial, dengan mereka mendakwa bahawa Biden mungkin telah meninggal dunia.

Pada hari yang sama, aktivis politik dan personaliti internet, Charlie Kirk, mempersoalkan garis masa kejadian tersebut dalam satu catatan yang menerima lebih daripada 18,000 perkongsian semula dan 64,000 tanda suka.

Pada hari yang sama, wakil rakyat AS, Lauren Boebert, menuntut Biden untuk membuat penampilan di hadapan orang ramai bagi  membuktikan bahawa beliau masih hidup.

Mesej gesaan itu pun tular dan mendapat lebih daripada 4,400 perkongsian semula serta 26,000 tanda suka di X.

Sebenarnya terdapat banyak lagi kandungan yang menyentuh mengenai teori ini yang tular di media sosial sehingga mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial.

Walaupun teori konspirasi kelihatan tidak masuk akal kepada sesetengah pihak, tetapi ia menjadi perbincangan buat netizen di media sosial.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-7-2024 07:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2024 11:05 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar nampak macam tipu. Tapi memang ada keluar news baru2 ni Biden having medical emergency onboard Air force one.
If deep state nak bunuh dua2 him and Trump tak terkejut pun.

After failed assasin pun teori Trump bakalan diracun pula lepas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
da lama dgr ni, sbb biden mcm selalu jenggg in public, people theorize that he is not the real biden. he is a clone. ontahhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2024 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Few months back ada dah tunjuk death cert dia kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-7-2024 12:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 23-7-2024 11:23 PM
Few months back ada dah tunjuk death cert dia kan?

So memang dah kojol ke beberapa bulan lepas?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Heshe ni dementia atau robot. Pergerakan aneh2 aje
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2024 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Dwdrum at 23-7-2024 03:30 PM

Commenters yang create story ini sudah mental sick MF.... Sudah level elder abuse untuk biden seperti lagak diri sendiri tidak akan tua.... Dari dahulu lagi sebelum heshe jadi president sudah tahu heshe tidak fit due his health issue...some yang same age ada masih fit...dems problem banyak sangat backup heshe untuk political miles..biden ini kurang relation dengan powerful entity di amerika di banding kan dengan trump... Powerful person bukan tangan ghoib typical muslim conspirashit ber cerita..banyak involve dalam economy and military... Gang us  admirals salah 1 group power di amerika bukan ilhan omar.. Rasheeda..or harris....etc.. Depa ini real puppet... Tanya muslim amerika sendiri if depa berani join military... Sedang politic and diplomacy relation di antara negara malaysia pun boleh join training dengan amerika and sekufu... Muslim country sendiri tidak boleh reject investors pro zionist support economy and development negara seperti google terang ber derang founder yahoodi.. Sekadar starbuck.. Mcd.. Saja mampoo... So tangan tangan halus siapa jika tidak balik ke moka sendiri?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2024 07:20 AM | Show all posts
good news?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.050422 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list