View: 38196|Reply: 15
|
[Tempatan]
Kedah kumpul 20,000 dokumen asal sejarah hubungan Pulau Pinang
[Copy link]
|
|
Kedah kumpul 20,000 dokumen asal sejarah hubungan Pulau Pinang
https://www.kosmo.com.my/2024/07 ... ungan-pulau-pinang/
Oleh JAMLIAH ABDULLAH
24 Julai 2024, 8:10 pm
Muhammad Sanusi
ALOR SETAR – Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan pasukan penyelidiknya mempunyai 20,000 dokumen asal dari luar negara yang menjelaskan sejarah hubungan Kedah dan Pulau Pinang suatu ketika dahulu.
Muhammad Sanusi berkata, pihaknya akan menggunakan hasil kajian tersebut untuk menentukan hala tuju baharu dalam hubungan antara dua negeri ini bagi menyelesaikan pelbagai isu termasuk tuntutan pajakan dan pampasan bekalan air.
Katanya, kerajaan negeri juga akan membentang dan mengumumkan dapatan kajian tersebut selewat-lewatnya Disember ini.
“Saya memperoleh banyak dokumen dan difahamkan 20,000 dokumen sejarah. Kebanyakannya tentang laporan daripada negeri-negeri Selat kepada kerajaan British pada masa itu.
“Saya pun sudah teliti sikit dokumen-dokumen yang berkaitan yang ada di British Library dan British National Archive yang akan menjadi sebahagian daripada rujukan kepada kajian-kajian sedang dilakukan oleh negeri Kedah,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.
Beliau menjelaskan, kumpulan penyelidik melakukan kajian ini bukan hanya untuk membolehkan tuntutan dibuat ke atas Pulau Pinang, sebaliknya ia juga dilaksanakan demi menjelaskan hubungan antara dua negeri.
“Bukan semberono tetapi berdasarkan fakta dan dokumen sejarah yang ada di sini (iaitu) di British Library dan British National Archive. Kebanyakannya adalah laporan pentadbiran negeri-negeri Selat dan ketika itu dihantar kepada House of Common dan Straits Settlement Office di London,” katanya.
Beliau berkata, dapatan kajian pasukan pengkaji terdiri daripada sejarawan dan pakar perundangan diharapkan dapat mengemukakan secara berfakta ilmiah berdasarkan hakikat sebenar kedudukan Kedah dan Pulau Pinang.- KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
lobai lobai...cuba la majukan negeri sendiri daripada berhujat pasal klaim mengklaim. cuba la cakap pasal polisi .dasar utk majukan rakyat..petani2 dibawah ko tu. tak habis2 mainkan naratif lapok woi.. nak menang pru 16 ubah la mentaliti...borink dah la wei, |
|
|
|
|
|
|
|
jadi kedah kne pulang balik kat siam k? sabah pulang balik ke Filipina? |
|
|
|
|
|
|
|
Bendera Malaysia kena buang satu jalur la nanti sebab Kedah dah masuk dalam Pulau Pinang?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau berebut dengan negara lain tu ok,
Ni berebut dlm negara sendiri.buang duit dan masa je. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by otai_g at 24-7-2024 10:37 PM
X abeh2 nak claim Penang. Kalo nak ikut sejarah btl buang je la perdana menteri sbb kalo ikut sejarah asal yg memerintah kerajaan adalah raja Dan kerabat2nya. |
|
|
|
|
|
|
|
vespa_oren replied at 24-7-2024 09:40 PM
jadi kedah kne pulang balik kat siam k? sabah pulang balik ke Filipina?
Syok nye jika Siam tarik balik Kedoh sissy. Boleh la puak mat2 rempit, taik ketom, taik poligami, taik penonggeng ummah pergi ber happy ending. Maka nekmat tuhanmu yang mana kamu telah dostakan kan sissy!! |
|
|
|
|
|
|
|
Urus jelah negeri kau GNI per kapita miskin tu tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tak cukup lagi ka tarah nadir bumi ??
|
|
|
|
|
|
|
|
pergi tuntut pulau pinang, nanti tukar nama georgetown kepada tanjung penaga... |
|
|
|
|
|
|
|
Time ni la baru sibuk nak kesah pasal sejarah |
|
|
|
|
|
|
|
laqoyah replied at 25-7-2024 08:19 AM
tak cukup lagi ka tarah nadir bumi ??
Nak tarah nasi kandar pula |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 24-7-2024 10:15 PM
Bendera Malaysia kena buang satu jalur la nanti sebab Kedah dah masuk dalam Pulau Pinang?
Jadi bendera USA la....acik suker belang bawah sekali kaler merah. |
|
|
|
|
|
|
|
betol gak.... dekat skit nak masok siam
sblom ni danok.... la ni dah dekat KULIM ka SG PETANI ka.....dah jadi sima dekat skit tak yag trus ke bukit kayu hitam
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Nurdianah at 25-7-2024 08:38 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah la pengundi yg mengundi makhluk ni jadi MB hampa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|